sebulan sudah
April 6th, 2009
Kalau ikut tarikh, hari nie dah sebulan Nazmi lahir. Kalau ikut hari, dah masuk hari yang ke-32.
Hari pertama
| From Nazmi 2009 |
Hari ke-27
| From Nazmi 2009 |
Muka dah makin tembam. Berat dah bertambah. Kalau dulu 2.1 kg, sekarang tak tau la berapa. Tak timbang lagi. Dah mula nampak perangainya macam mana. Antaranya adalah:
- tak berapa suka dimandikan
Tiap kali nak mandi, mesti menangis. Kadang-kadang sampai nak hitam mukanya meraung takut sejuk/air. - tak boleh minum susu banyak-banyak sekali harung
Dulu masa lahir, menyusu dalam 2 auns. Sekarang pun sukatan masih sama. Tak boleh lebih, nanti tak habis. Jadi tiap 1-2 jam dah minta susu. Ayah dan Mama tak sempat nak rehat. - tak mahu berak kalau lampin tak kering
Kalau lampin dah basah, memang Nazmi tak mahu berak. Nazmi akan meragam minta tukar lampin. Elok lepas tukar aja lampin, mula lah dia meneran. Dah habis berak, dia suruh tukar lampin lagi. Kalau tak tukar, meragam la jawabnya. Apa pesen ni?
Setakat ini, semua orang sihat. Nazmi pun tak terukkena kuning. Cuma nampak kuning kat mata sahaja. Itu pun cuma untuk 2 hari. Mamanya pun sihat, dah tak sabar nak keluar rumah.
Cuma satu aje, orang kata, ayahnya boleh kurus bila dapat anak. Tipu lah..
Recent Comments