Archive

Posts Tagged ‘Makan’

shiver me timbers

May 16th, 2006

Ari tu pi lunch kat Nando’s dengan 2-3 org member. Dah lama tak makan Nando’s nie. So rase cam teruja la sket masa nak order tu. Time tu plak ade promotion set baru. Aku order set 1/4 chicken jek. Sorang kawan nie order menu baru tu, “3-Piece Fish Fillet. Harga RM13.90 jek. Nampak cam menarik gak la. Dgn 3 ketul fillet ikan + 2 lagi side dish.

NandosFillet01.jpgNandosFillet02.jpg

Lepas 10 minit menunggu, baru satu set makan sampai. Tapi semua org tgk pinggan tu cam pelik. Aku pun tanye, “Sape order yg ini?” Semua cam ngeleng kepala. Aku bukak menu, cari yg gamba yg lebey kurang. Tgk gamba, tgk pinggan. Takde plak yg sama.

NandosFillet03.jpg

Peh tu baru la perasan, nie la dia 3-Piece Fish Fillet!! Cuba tgk gamba dlm menu tu. Sama ke idak?

NandosFillet04.jpg NandosFillet05.jpg

Tuan punye order rase cam kecewa jek bile tgk fillet ikannya lebih kecil dari saiz kad kredit. Tapi dia masih bole tersenyum sumbing lagik. Kengkononnya tak la amik ati.

NandosFillet06.jpgNandosFillet08.jpg

Dlm masa 10 minit, pinggan tadi bertukar menjadi mcm nie.

NandosFillet09.jpg

Sampai ke gravy pun licin. Lapa sangat la tu.

NandosFillet10.jpg

Dan masih sedey…

NandosFillet11.jpg

afza Makan ,

hujung mingguku

April 24th, 2006

Amaran! Catatan ini cuba ditulis menggunakan Bahasa Malaysia baku. Jika anda terasa bingung, pening, mual dan sebagainya, sila hubungi pakar jiwa yang berdekatan.

Penat betul hujung minggu lepas. Macam-macam benda yang dibuat. Macam tak bercuti hujung minggu dibuatnya. Ada (1) peperiksaan, ada (2) majlis hari jadi terkejut untuk Lenny dan Malik dan (3) pengstrukturan semula pengkalan data.
Jumaat:

8:00 malam : Sibuk belajar sebab esoknya ada peperiksaan.
2:00 pagi : Baru nak tidur. Itu pun tidak habis baca semua.

Sabtu:

8:30 pagi : Lepas sarapan, terus buka komputer riba dan baca nota Perniagaan Antarabangsa.
11:00 pagi : aku pergi ke rumah kakak ku untuk membakar tugasan ke dalam cekera padat.
2:00 petang : Bergerak ke kolej.
3:05 petang : Baru sampai ke kolej. Ini sudah lewat. Pensyarah telah mengedarkan kertas soalan.
4:04 petang : Masih lagi menggaru-garu kepala yang tak gatal. Baru tulis satu muka penuh di kertas tetapi tangan sudah lenguh.
4:15 petang : Niniez sms, katanya nak serahkan cenderahati. Keluar dari bilik peperiksaan dan jumpa Niniez sebentar.
5:03 petang : Baru dapat tulis 2 muka surat. Orang lain sudah ada 5-6 helai kertas.
6:02 petang : Peperiksaan sudah tamat. Sudah serahkan 3 helai kertas sementara orang lain menghantar paling kurang 10 helai.
6:20 petang : Jumpa Niniez kembali. Sempat rekod ucapan hari jadi (387kb) kepada Malik.
6:35 petang : Bergerak ke Plaza One Utama.
6:50 petang : Sudah tiba di Plaza One Utama. Banyak lagi masa sebelum majlis hari lahir terkejut.
8:15 malam : Bergerak ke Italianies. Penyambut tetamu kata “Saya dah lama tunggu encik, sila ikut saya”. Tengok-tengok, org lain tidak sampai lagi. Sepatutnya ada 15 orang. Pelayan menghidangkan roti bawang putih untuk dicicah dengan minyak zaitun berherba dengan kicap.
8:30 malam : Zai dan Ika sampai bersama Qais. Makan roti lagi.

Zai & Ika
8:45 malam : Mysara dan Tini pula sampai bersama kek coklat pisang. Makan roti lagi. Meja masih kosong (295kb).

Mysara & Tini
8:59 malam : Yang dan Lenny tiba bersama Alya. Semua orang tidak sedar. Jadi kami yang terkejut.

Yang & Lenny
9:05 malam : Laydiefa dan Malik tiba.

Malik & Laydiefa
9:25 malam : Baru pesan makanan. Perut sudah lapar!
9:50 malam : Makanan sudah tiba! Mari kita makan!

Spaghetti MeatBallNyumPotong lasagna
10:15 malam : Kek dibawa keluar dan semua kakitangan Italianies menyanyi sambil bertepuk tangan.

Happy happy

ucapan hari jadi (1954kb)
Italianies (1753kb)

10:45 malam : Baru terasa nak pulang. Lepas beramah mesra sebentar, semua membawa diri.
11:50 pagi : Sampai rumah dan tidur.

Ahad:

8:00 pagi : Sarapan dan terus pergi ke pejabat.
9:00 pagi : Mula bekerja. Larikan kerja untuk pengstrukturan pengalan data. Tunggu. Buka koleksi The O.C. musim kedua dan tonton sementara menunggu larian kerja selesai.
1:30 petang : Keluar makan tengah hari di Kerinchi. Makan berseorangan sahaja.
2:20 petang : Sambung semula melarikan kerja yang seterusnya sambil menonton cerita The O.C.
6:05 petang : Semua kerja sudah selesai. Cerita The O.C masih belum selesai.
6:45 petang : Baru habis cerita The O.C., terus berkemas dan pulang ke rumah.
7:20 petang : Sampai di rumah dan terus mandi.
8:00 malam : Makan malam bersama ibu bapa sambil melihat Berita Utama.
8:30 malam : Buka kembali komputer riba dan sambung semula menontong cerita The O.C.

Isnin:

1:30 pagi: Mata sudah mengantuk dan terus tidur.

afza Makan ,

makan makan bulan ramadhan

October 27th, 2005

Dua tiga ari nie takde idea la nak tulih apa. Mostly aktiviti yg sama gak aku buat. Dah mmg jadi rutin. So aku ingat nak tulih ttg acara bukak pose la sket.

Tahun nie tak banyak makan kat luar. Mostly aku makan kat umah. However, I had spent some time to bukak pose with my friends. Ade yg buat kat Dewan Perdana Felda, Desaminium, Kelab Shah Alam, Giant Kelana Jaya and McD Melawati. Ahad nie nak pi makan kat hotel lak. Dpt 5 voucher free utk Ramadhan buffet kat Hotel Boulevard. Each voucher worth RM60. So aku nak bawak family aku pi makan sana.

Utk thn nie, aku pegi Dewan Perdana Felda kat Jln Semarak. Kalo ikut banner yg digantung kat situ, ade 70 jenis hidangan yg disediakan. Ada lauk pauk, 2-3 jenis nasi, kuih-muih, ulam-ulaman, acar, mee, laksa, lemang, ketupat, rendang, etc.. Well, aku tak rase la semuanya. Tapi aku mmg puas hati. Makanan sedap and servis bagus, aku bagi Dewan Perdana Felda 5 bintang. Makanan still banyak even dah kul 8pm. Harga cuma RM39 aje. Mmg value for money.

Kelab Shah Alam plak aku bagi 3 bintang. Makanan sedap, tapi by 7:30pm dah abis (erm, bukan semua la. But main dish cepat jek abis). Servis ade kekurangan sket. Pinggan mangkuk lambat diangkat and by the time aku nak buat 2nd round, dah takde pinggan and sudu. Dishes yg ada, aku rase 1/3 of Dewan Perdana Felda. Dia charge RM38 per head. (but ari tu bayar RM34 je sbb dpt diskaun dtg ramai)

McD plak charge RM18 per head (+ tax). Dishes, semua yg dlm menu McD. But ordering can be made until 8pm jek. After that they will only entertain ala-carte and take-away order only. Well, ari tu aku makan Ayam Goreng McD Spicy, Spicy Chicken McDeluxe, 2 x 6pcs McNuggets (also ayam), 2 small French Fries, Air Bandung and Coke Lite. Rasenye mmg dapat la lebey RM18 utk semua yg aku makan tu. Sape yg minat McD tu, nie la masanya korang nak melantak semua menu dia dgn harga murah.

Tinggal 7-8 ari jek lagi nak pose. Semua dah sibuk nak beraya, nak balik kampung. Jln TAR and Masjid Jamik penuh sesak. Shopping mall pun penuh. Aku tak beli lagik baju raye. Baju melayu dah 3 thn tak tukau. Thn nie nak tukau la. Tapi bile nak pi? Nanti nanti la. Maleh nak pi lagik. hehehe…

ciao..

afza Makan ,

i’m soul’ed out

April 29th, 2005

Cam tetahun lepas, b’day Lenny ngan Malik mmg buat skali. So, bile si Malik kata kawan gym dia dah buat plan for him on that day, kitorang pun rase tak syiok but the plan had to go on gak la coz dah book tempat. Lagi pun si Lenny bagitau aku yg ade 2 new aweks will be there also. So i’m looking forward la nak kenai sape la awek yg nak dtg nie.

So, by 7:30pm, aku pun turun ke lobi utk naik kete Yang n Lenny. Skali nampak Blackie lalu dpn kitorang and stop dpn pintu lobi. Then satu awek lawa masuk Blackie. Pergghhh, menyirap kitorang yg dlm kete nie. Slambak Malik bawak awek pi celebrate b’day dia sengsorang. Tapi rupe²nye, Malik nak bawak Niniez utk join kitorang mlm tu. So kitorang pun bergerak le ke Sri Hartamas utk makan besar.

Around 8pm dah sampai sana. Nasib baik ade parking spot as there were lots of people n cars there. Yg ade masa tu, Aku, Yang, Lenny, Malik, Niniez, Zai, Ika, Zainee n Adrian. Org lain blom sampai lagik. Trus masuk SOULed OUT and tunggu the others.

Tak lama lepas tu, satu awek sampai, kecik molek n lawa. Ingatkan dia duk meja seblah. Skali trus duduk seblah aku. Lenny intro her as Mysara. Aku tgk si Yang dah naik ulat bulu. Lupa jap bini yg kat seblah. Peh tu dtg lagik awek, lawa n anggun. Namanye Laydiefa. si Yang mmg dah tak senang duduk. Kejap herot ke kanan, kejap lentok ke kanan gak (coz Laydiefa ngan Mysara duk belah kanan dia). Lepas tu Katik sampai and we’re ready to Roll’ed Out!

Next agenda, order makanan. Nak order punye le payah. Menu dia mcm buku text. Gile panjang menu dia. ade dekat 15 muke surat kot. Silap la tak amik gamba menu dia. Aku amik masa dekat 8 min la nak pilih mana yg sedap. Berpinau mata tgk all the listed foods. Malik sampai 3 kali khatam but still tak leh decide nak makan ape. Last² aku pilih Chicken Maryland ngan coke. Tak reti nak pilih yg lain.

Makan punye makan, borak punye borak. Sume dah kenyang. Perut dah boroi seko². Then staff Soul’ed Out dtg reramai and bawak kek. B’day boy and girl kene pakai head gear and sessi bergambar pun bermula. Lepas penat jadi model, semua nyanyi lagu b’day. Aku cume mampu tgk jek. Tak larat nak makan cheese cake. Chicken Maryland aku tadi oily sgt. Rase muak lak tgk cheese. Kalo makan gak, mau muntah kat situ gak.

Lepas tu sume dah ready nak balik. Malik Flash’ed Out card dia and baya. Org lain cam ‘Ey, bagusnye. Sayang Malik mlm nie’. Tapi indah rupe dari khabar. Mlm tu Malik tak cukup pemurah. Katanye bonus tak dpt lagik. So Lenny sebagai penjaga kewangan, kira duit bape yg kitorang utang ngan malik. Lepas Pay’ed Out (bole ke cam nie?) all the bills. Semua pakat balik. Aku pun dah penat. Esoknye nak cuti panjang.

On the way balik, aku dpt surprise. Lenny bagi ‘b’day gift’ kat aku. Rasenye b’day aku dah lepas dah. Maybe utk thn depan kot. Ehehehe…
Antara yg Hadir
Antara yg hadir
B'day Boy n Girl
B’day boy n girl
Fancy the Hippie Hippo
Fancy the Hippie HippoFor more pic of our Night’ed Out, go to my fotopages.

afza Makan ,

Mee’s Weekends.. part two

February 8th, 2005

8:17 am.. Aku bukak mata. Tapi kalo tido lagi, best nie. zzzZZZzzz..

9:05 am.. Aku dgr bunyi bising² kat dapur. So aku bangun la. Tgk² adik Eny n Wade’ tgh goreng fries. Za1nee ngan Tipah pun baru bangun. Aku lepak² tgk katun ngan Tipah. Minah nie minat katun gak weih. Dia suke tgk Doraemon, Shin Chan, Totally Spies and Spiderman.

Dlm kol 10:15 am, baru la host ngan hostess kuar bilik. Ape yg derang buat tak tau la. Tapi yg surenye, derang tgh lapa. penat kot. So host pi dapur n buat MEE GORENG ngan mee yg xtra smalam. Dlm kol 11 am baru makan pagi. Padahal, kol 8 am tadi Saz ade call Za1nee ajak b’fast. But minah tu punye le malas nak kejut org lain. So, satu aktiviti sihat dah terlepas. Smalam host kata nak ajak sume pi jogging kat Putrajaya. Tapi dia sendri kuar bilik kol 10 am. Jogging atas katil je la. Tu yg lapa tu.

Disebabkan tak jadi b’fast ngan Saz pagi tu. Dia suh kitorang lunch kat umah dia. So kitorang pun bersiap la kol 12 pm pi umah Saz. Sampai² je, tgk SPAGHETTI Bolognese dah siap hidang. Siap ade shredded Cheddar lagi nie. Rajin btoi Saz nak siapkan keju. Sume org masih lagik kenyang b’fast kol 11 am tadi. Si Saz nie plak buat pancake lagik incase org takmo spaghetti. Mmg sorang host yg bagus. Makan punye makan sambil tgk channel Discovery, jam dah kol 3 pm. Kitorang pun balik umah Eny. Sume dah lalok kekenyangan. Aku plak, balik umah nak kemas umah.

Kol 5:30 pm aku dtg umah Eny. Sume org dah lentok. Hapiz n Eny jek kat hall. So kitorang pun siap la utk buat dinner. Kali nie resipi mak aku, MEE REBUS KACANG PANGGANG. Tgh duk buat kuah mee tu, aku tak sedar terbubuh kari banyak sgt. Patutnye bagi rase sket jek kari tu. Skali aku tertaruk 4x ganda la plak. Menggelabah aku dibuatnye. Camna nak modify lagik ek kuah dia. Lantak la. Dari MEE REBUS KACANG PANGGANG terus tukau jadi MEE KARI MAMAK. muahahahahah…

Awai kol 8 pm tu kitorang pun merasa la dish aku tu. Aku duk tepi. Dah ready utk di fire. 3 mins, sume duk senyap makan. 5 mins, still makan ngan lahap. 10 mins, aku amik pinggan aku and rase mee aku. Boleh thn gak. Rase MEE KARI la. ape lagik. Cume kuah pekat sket sbb reneh lama sgt atas api tu. Lega aku. Tapi tak jadi sgt la resipi mak aku tu.

Last² abis mee tu. Sume kenyang and aku pun pueh ati. At least derang tak fire aku. Maknanye bleh tahan la tu. Atau pun derang tgh kutuk aku dlm ati. Pedulik hapa. Janji mee aku settle. Sume org pun dah ready nak balik. So acara pun ditangguhkan ke masa akan dtg.

Sekian…

Quiz:

Brape banyak jenis mee kitorang makan?
Brape kilo mee dah kitorang telan?
Sape Mie Tepeng?

afza Makan ,

Mee’s Weekends.. part one

February 7th, 2005

Weekend lepas Eny & Hafiz skali lagik jadi host utk aktiviti makan² dan lepak² sambil bermalas²an tgk tv/vcd/dvd. Tujuan utama utk celebrate b’day Tipah. Happy belated b’day Tipah!! Tema kali ni adalah “Mee’s Weekends!!” Mereka yg hadir adalah aku, host, b’day girl, Za1nee, Faiz, Saz and Rhymie. Adik Eny n awek dia dtg mlm sket.

Aktiviti start lewat petang sabtu coz host ade aktiviti lain pagi tu. Acara dimulakan dgn Tipah mengajak sume org yg dtg makan Mee Bandung@Hailam@Hongkong (aku pun tak sure mee ape) setelah beberapa org merugut perut dah lapa. Dish nie disediakan oleh tukang masak import dari Shah Alam, Pn Aza. Disebabkan chief takde depan mata, so Tipah terpaksa la dgn panjang lebarnye menerangkan jenis mee yg dihidangkan sebab sume org ade interpritasi sendri ttg nama mee nie.

Sume org makan mee dgn lahapnye. Ape tidaknye, sungguh meriah mee tu. Ade ayam, udang, cendawan, lobak dll dlm kuahnye. Tipah bawak 2 bekas besar mee. Namun satu bekas jek yg habis. Sume peserta dah mengelengkan kepala coz dah buncit sumenye. Hapiz lak dah berpeluh² sebab dia kata mee tu pedas (pedas la gak, but aku tgk eny yg paling tak kuat pedas pun rilek jek). So sume terbongkang kat sofa sambil tgk tv.

Lepas sume org dah rase cam ok sket, acara potong kek pun bermula. Kek Keju Beri Biru yg dipaksa beli oleh hostess pun dikeluarkan dari peti ais utk dipasang lilin. Ade 2 lilin besar and tujuh lilin kecik. Dengan bersenjatakan lighter, Faiz menunjukkan skillnye memasang lilin dgn machonye. Peh tu Tipah pun tiup lilin sambil buat muke malu² penyu.

Peh tu acara VCD/DVD dimulakan sampai la last viewer tutup player tu kol 4am. Sume dah bongkang. Sempat la tgk 2 cite.

Mee’s Weekend part two will be posted soon.

UPDATE: mlm tu ade org kata nak pi jogging pagi ahad tu…

afza Makan ,