Archive

Posts Tagged ‘hari jadi’

30 tahun dan seterusnya

January 21st, 2009

Kadang-kadang kita tidak sedar akan masa yang berlalu.

30 tahun dahulu
Jan 1979: pertama kali nampak dunia.

26 tahun dahulu
Jan 1983: pertama kali masuk tadika pada umur 4 tahun.

23 tahun dahulu
Jan 1986: pertama kali masuk sekolah rendah.

17 tahun dahulu
Jan 1992: pertama kali masuk sekolah asrama penuh.

12 tahun dahulu
Jan 1997: pertama kali kerja di Johor sementara tunggu keputusan SPM

7 tahun dahulu
Jan 2002: pertama kali dapat surat lapur diri untuk kerja.

4 tahun dahulu
Jan 2005: sudah sebulan aku mula blogging.

2 tahun dahulu
Jan 2007: (bulan seterusnya) pertama kali aku berjumpa ‘bakal’ isteriku.

1 tahun dahulu
Jan 2008: pertama kali status menjadi ‘tunangan orang’.

7 hari lepas
Jan 2009: pertama kali umur bermula dengan nombor 3.

1 hari lepas: masih mencari nama yang sesuai untuk afza junior.

Bagaimana dengan hari anda?

afza Peribadi ,

hujung mingguku

April 24th, 2006

Amaran! Catatan ini cuba ditulis menggunakan Bahasa Malaysia baku. Jika anda terasa bingung, pening, mual dan sebagainya, sila hubungi pakar jiwa yang berdekatan.

Penat betul hujung minggu lepas. Macam-macam benda yang dibuat. Macam tak bercuti hujung minggu dibuatnya. Ada (1) peperiksaan, ada (2) majlis hari jadi terkejut untuk Lenny dan Malik dan (3) pengstrukturan semula pengkalan data.
Jumaat:

8:00 malam : Sibuk belajar sebab esoknya ada peperiksaan.
2:00 pagi : Baru nak tidur. Itu pun tidak habis baca semua.

Sabtu:

8:30 pagi : Lepas sarapan, terus buka komputer riba dan baca nota Perniagaan Antarabangsa.
11:00 pagi : aku pergi ke rumah kakak ku untuk membakar tugasan ke dalam cekera padat.
2:00 petang : Bergerak ke kolej.
3:05 petang : Baru sampai ke kolej. Ini sudah lewat. Pensyarah telah mengedarkan kertas soalan.
4:04 petang : Masih lagi menggaru-garu kepala yang tak gatal. Baru tulis satu muka penuh di kertas tetapi tangan sudah lenguh.
4:15 petang : Niniez sms, katanya nak serahkan cenderahati. Keluar dari bilik peperiksaan dan jumpa Niniez sebentar.
5:03 petang : Baru dapat tulis 2 muka surat. Orang lain sudah ada 5-6 helai kertas.
6:02 petang : Peperiksaan sudah tamat. Sudah serahkan 3 helai kertas sementara orang lain menghantar paling kurang 10 helai.
6:20 petang : Jumpa Niniez kembali. Sempat rekod ucapan hari jadi (387kb) kepada Malik.
6:35 petang : Bergerak ke Plaza One Utama.
6:50 petang : Sudah tiba di Plaza One Utama. Banyak lagi masa sebelum majlis hari lahir terkejut.
8:15 malam : Bergerak ke Italianies. Penyambut tetamu kata “Saya dah lama tunggu encik, sila ikut saya”. Tengok-tengok, org lain tidak sampai lagi. Sepatutnya ada 15 orang. Pelayan menghidangkan roti bawang putih untuk dicicah dengan minyak zaitun berherba dengan kicap.
8:30 malam : Zai dan Ika sampai bersama Qais. Makan roti lagi.

Zai & Ika
8:45 malam : Mysara dan Tini pula sampai bersama kek coklat pisang. Makan roti lagi. Meja masih kosong (295kb).

Mysara & Tini
8:59 malam : Yang dan Lenny tiba bersama Alya. Semua orang tidak sedar. Jadi kami yang terkejut.

Yang & Lenny
9:05 malam : Laydiefa dan Malik tiba.

Malik & Laydiefa
9:25 malam : Baru pesan makanan. Perut sudah lapar!
9:50 malam : Makanan sudah tiba! Mari kita makan!

Spaghetti MeatBallNyumPotong lasagna
10:15 malam : Kek dibawa keluar dan semua kakitangan Italianies menyanyi sambil bertepuk tangan.

Happy happy

ucapan hari jadi (1954kb)
Italianies (1753kb)

10:45 malam : Baru terasa nak pulang. Lepas beramah mesra sebentar, semua membawa diri.
11:50 pagi : Sampai rumah dan tidur.

Ahad:

8:00 pagi : Sarapan dan terus pergi ke pejabat.
9:00 pagi : Mula bekerja. Larikan kerja untuk pengstrukturan pengalan data. Tunggu. Buka koleksi The O.C. musim kedua dan tonton sementara menunggu larian kerja selesai.
1:30 petang : Keluar makan tengah hari di Kerinchi. Makan berseorangan sahaja.
2:20 petang : Sambung semula melarikan kerja yang seterusnya sambil menonton cerita The O.C.
6:05 petang : Semua kerja sudah selesai. Cerita The O.C masih belum selesai.
6:45 petang : Baru habis cerita The O.C., terus berkemas dan pulang ke rumah.
7:20 petang : Sampai di rumah dan terus mandi.
8:00 malam : Makan malam bersama ibu bapa sambil melihat Berita Utama.
8:30 malam : Buka kembali komputer riba dan sambung semula menontong cerita The O.C.

Isnin:

1:30 pagi: Mata sudah mengantuk dan terus tidur.

afza Makan ,

i’m soul’ed out

April 29th, 2005

Cam tetahun lepas, b’day Lenny ngan Malik mmg buat skali. So, bile si Malik kata kawan gym dia dah buat plan for him on that day, kitorang pun rase tak syiok but the plan had to go on gak la coz dah book tempat. Lagi pun si Lenny bagitau aku yg ade 2 new aweks will be there also. So i’m looking forward la nak kenai sape la awek yg nak dtg nie.

So, by 7:30pm, aku pun turun ke lobi utk naik kete Yang n Lenny. Skali nampak Blackie lalu dpn kitorang and stop dpn pintu lobi. Then satu awek lawa masuk Blackie. Pergghhh, menyirap kitorang yg dlm kete nie. Slambak Malik bawak awek pi celebrate b’day dia sengsorang. Tapi rupe²nye, Malik nak bawak Niniez utk join kitorang mlm tu. So kitorang pun bergerak le ke Sri Hartamas utk makan besar.

Around 8pm dah sampai sana. Nasib baik ade parking spot as there were lots of people n cars there. Yg ade masa tu, Aku, Yang, Lenny, Malik, Niniez, Zai, Ika, Zainee n Adrian. Org lain blom sampai lagik. Trus masuk SOULed OUT and tunggu the others.

Tak lama lepas tu, satu awek sampai, kecik molek n lawa. Ingatkan dia duk meja seblah. Skali trus duduk seblah aku. Lenny intro her as Mysara. Aku tgk si Yang dah naik ulat bulu. Lupa jap bini yg kat seblah. Peh tu dtg lagik awek, lawa n anggun. Namanye Laydiefa. si Yang mmg dah tak senang duduk. Kejap herot ke kanan, kejap lentok ke kanan gak (coz Laydiefa ngan Mysara duk belah kanan dia). Lepas tu Katik sampai and we’re ready to Roll’ed Out!

Next agenda, order makanan. Nak order punye le payah. Menu dia mcm buku text. Gile panjang menu dia. ade dekat 15 muke surat kot. Silap la tak amik gamba menu dia. Aku amik masa dekat 8 min la nak pilih mana yg sedap. Berpinau mata tgk all the listed foods. Malik sampai 3 kali khatam but still tak leh decide nak makan ape. Last² aku pilih Chicken Maryland ngan coke. Tak reti nak pilih yg lain.

Makan punye makan, borak punye borak. Sume dah kenyang. Perut dah boroi seko². Then staff Soul’ed Out dtg reramai and bawak kek. B’day boy and girl kene pakai head gear and sessi bergambar pun bermula. Lepas penat jadi model, semua nyanyi lagu b’day. Aku cume mampu tgk jek. Tak larat nak makan cheese cake. Chicken Maryland aku tadi oily sgt. Rase muak lak tgk cheese. Kalo makan gak, mau muntah kat situ gak.

Lepas tu sume dah ready nak balik. Malik Flash’ed Out card dia and baya. Org lain cam ‘Ey, bagusnye. Sayang Malik mlm nie’. Tapi indah rupe dari khabar. Mlm tu Malik tak cukup pemurah. Katanye bonus tak dpt lagik. So Lenny sebagai penjaga kewangan, kira duit bape yg kitorang utang ngan malik. Lepas Pay’ed Out (bole ke cam nie?) all the bills. Semua pakat balik. Aku pun dah penat. Esoknye nak cuti panjang.

On the way balik, aku dpt surprise. Lenny bagi ‘b’day gift’ kat aku. Rasenye b’day aku dah lepas dah. Maybe utk thn depan kot. Ehehehe…
Antara yg Hadir
Antara yg hadir
B'day Boy n Girl
B’day boy n girl
Fancy the Hippie Hippo
Fancy the Hippie HippoFor more pic of our Night’ed Out, go to my fotopages.

afza Makan ,