Archive

Posts Tagged ‘buka puasa’

buka pose

October 2nd, 2006

Nampaknya ade sorang kawan aku akan rase gembira bila dgr berita nie. McD telah membawa kembali program Special Ramadhan Buffet bermula dari 2 - 20 Okt 2006. Buffet kali ini berharga RM19.90 bagi dewasa dan RM9.90 utk kanak² berumur bawah 12 thn. Sesi buffet ini bermula dari 6:45 ptg hingga 8:15 mlm.

p/s: sape ingat brape yg McD charge utk buffet berbuka pada tahun lepas?

powered by performancing firefox

afza Makan ,

bucket atau bakul?

September 25th, 2006

Tgh aku duk dgr lecturer bercerita kat depan masa kelas Sabtu lepas, tiba-tiba terasa macam mengidam nak makan KFC pulak. Lepas tu terpandang iklan KFC kat paper atas meja. Adoi la. Terganggu-gugat dibuatnya. Tak bole nak concentrate kat apa yg lecturer tu cakap. Asyik nampak ayam jek.

Lepas kelas abis dlm kul 7pm, aku pun siap la nak maghrib. Sementara tunggu masuk waktu, aku pun bukak balik paper. Baca apa yg patut. Iklan KFC kembali terpampang depan mata. ‘Tak bole jadi nie. Mmg nak kena makan gak nie. Esok dah la nak pose. nanti kempunan plak takleh makan.’

Masa on the way pi rumah kakak aku (tido kat situ sbb dekat nak pi kelas esok paginya), aku singgah la ke KFC Wangsa Maju (Yg sebelah Carefour tu). Tgk ade ramai bapak org dan mak org bawak anak² dia org pi makan kat situ. (Yg bapak org bawak anak org pun ade gak dua tiga meja.) Jenuh gak nak cari parking. Lepas pusing dua tiga kali, baru dapat parking kereta aku.

Oleh kerana kat umah kakak aku ade ramai org, aku pun pilih nak beli Variety Bucket. Kalau dlm iklan radio, ‘Pakar Motivasi’ tu kata Variety Bucket nie dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aku pun order la sbb teruja nak tgk kesannya.

Masa order aku tgh disiapkan, aku pun sempat la tgk kiri kanan. Tgk bapak org yg tgh makan dgn anak org. Tgk staff berkerja keras amik tempahan dan siapkan makanan. Tak sampai seminit, Variety Bucket aku dah siap.

Aku pun terus nak bayar duit, tapi cashier tu kata, “Sekejap bang”. Dia amik satu cawan dan isi air Pepsi. ‘Eh, aku tak order pun air.‘ Baru aku pun nak tegur, dia hulur air Pepsi sambil kata “Chicken Finger tgh masak. Abg tunggu dulu ya. Sebentar lagi saya hantar.” Rupa²nya order aku tak complete lagi. Aku pun dgn penuh rase gembira, amik air free tu. ‘Org memberi, kita merasa. Ko bagi Pepsi, aku terima aja.’ Kalau macam nie punya servis, aku tak kisah kena tunggu lama. pelanggan mesti tak merungut. Yg confirm, aku mmg puas hati walaupun terpaksa tunggu dekat 10 minit.

Anyway, by the time aku sampai rumah kakak aku, adik aku terus menjerit sbb syok ade KFC. Nampaknya apa yg ‘Pakar Motivasi’ tu cakap betul la. Variety Bucket mmg dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan.

p/s: Selamat berpuasa untuk semua!
p/s2: Ini bukan iklan…

powered by performancing firefox

afza Makan ,

makan makan bulan ramadhan

October 27th, 2005

Dua tiga ari nie takde idea la nak tulih apa. Mostly aktiviti yg sama gak aku buat. Dah mmg jadi rutin. So aku ingat nak tulih ttg acara bukak pose la sket.

Tahun nie tak banyak makan kat luar. Mostly aku makan kat umah. However, I had spent some time to bukak pose with my friends. Ade yg buat kat Dewan Perdana Felda, Desaminium, Kelab Shah Alam, Giant Kelana Jaya and McD Melawati. Ahad nie nak pi makan kat hotel lak. Dpt 5 voucher free utk Ramadhan buffet kat Hotel Boulevard. Each voucher worth RM60. So aku nak bawak family aku pi makan sana.

Utk thn nie, aku pegi Dewan Perdana Felda kat Jln Semarak. Kalo ikut banner yg digantung kat situ, ade 70 jenis hidangan yg disediakan. Ada lauk pauk, 2-3 jenis nasi, kuih-muih, ulam-ulaman, acar, mee, laksa, lemang, ketupat, rendang, etc.. Well, aku tak rase la semuanya. Tapi aku mmg puas hati. Makanan sedap and servis bagus, aku bagi Dewan Perdana Felda 5 bintang. Makanan still banyak even dah kul 8pm. Harga cuma RM39 aje. Mmg value for money.

Kelab Shah Alam plak aku bagi 3 bintang. Makanan sedap, tapi by 7:30pm dah abis (erm, bukan semua la. But main dish cepat jek abis). Servis ade kekurangan sket. Pinggan mangkuk lambat diangkat and by the time aku nak buat 2nd round, dah takde pinggan and sudu. Dishes yg ada, aku rase 1/3 of Dewan Perdana Felda. Dia charge RM38 per head. (but ari tu bayar RM34 je sbb dpt diskaun dtg ramai)

McD plak charge RM18 per head (+ tax). Dishes, semua yg dlm menu McD. But ordering can be made until 8pm jek. After that they will only entertain ala-carte and take-away order only. Well, ari tu aku makan Ayam Goreng McD Spicy, Spicy Chicken McDeluxe, 2 x 6pcs McNuggets (also ayam), 2 small French Fries, Air Bandung and Coke Lite. Rasenye mmg dapat la lebey RM18 utk semua yg aku makan tu. Sape yg minat McD tu, nie la masanya korang nak melantak semua menu dia dgn harga murah.

Tinggal 7-8 ari jek lagi nak pose. Semua dah sibuk nak beraya, nak balik kampung. Jln TAR and Masjid Jamik penuh sesak. Shopping mall pun penuh. Aku tak beli lagik baju raye. Baju melayu dah 3 thn tak tukau. Thn nie nak tukau la. Tapi bile nak pi? Nanti nanti la. Maleh nak pi lagik. hehehe…

ciao..

afza Makan ,