VOTE EARTH
Yang dah selesai:
  1. Sept 08: Darlis Natasha bt Darlisfitri (Abang ipar aku)
  2. Sept 08: Daniel b Hafizuddin (Hafiz & Eny)
  3. Sept 08: Mikael Wong b Adrian Wong (Adrian & Zaini)
  4. Dis 08: Yang Aish Zachary b Yang Zamzari Habali (Yang & Lenny)
  5. Dis 08: Adam Mika'il b Muhammad Idris (Adik aku)
  6. Jan 09: Aariz Ad-Deen b Arman (Arman & Linda)
  7. Jan 09: Darrius Mikail (Mira)
  8. Feb 09: Ameerah Tasneem bt Mohd Haziran (Gee & Mel)
  9. Feb 09: Qistina Nabihah bt Zainul Abidin (Zai & Ika)
  10. Mac 09: Nazmi b Ahmad Faisal (aku & wife aku la)
  11. Apr 09: Ayra Syamimi (Anim)
  12. Mei 09: Iris Marissa bt Mohamad Hafiz (Hafiz)
  13. Jun 09: Muhammad ‘Aqil b Mohd Amiruddin (Amir & Fatima)
  14. Jul 09: Raisha Adelia bt Syahnizal (Syah & Sha)
  15. Aug 09: Rhaziq b Rhymie? masih tak tau nama penuh sbb tak diberitahu (Saz & Rhymie)

baru yg tak berapa baru

Thursday, January 29th, 2009 at 5:28 pm

Lupa nak bagi tahu, aku dapat sorang lagi anak buah. Namanya Adam Mika’il bin Muhammad Idris. Lahir masa musim haji baru-baru ini 7 Dec 2008. Setakat ini, semua anak buah aku lelaki. Bakal anak aku pun lelaki. Nampaknya, jenuh la mak aku nak layan karenah cucu-cucunya nanti. Semua lasak-lasak belaka.

Selain itu, Arman dan Linda pun dah mula tak dapat tidur malam melayan anak mereka yang baru lahir pada 25 Jan 2009. Nama belum ada yang rasmi lagi. Jadi, masih sempat kalau nak bagi cadangan. Dengarnya Mira pun dah bersalin. Juga anak lelaki. Tambah sikit lagi, boleh buat team bola sepak ni.

Seterusnya, dalam bulan Februari, Ika & Mel pula dah tunggu. Mac nanti, aku punya giliran. Lepas tu giliran Anim, lepas tu Hafiz, lepas-lepas tu giliran Amir pulak.

Memang musim kot kawan-kawan aku ni mengawan.

Yang dah selesai:

  1. Sept 08: Darlis Natasha bt Darlisfitri
  2. Sept 08: Daniel b Hafizuddin
  3. Sept 08: Mikael Wong b Adrian Wong
  4. Dis 08: Yang Aish Zachary b Yang Zamzari Habali
  5. Dis 08: Adam Mika’il b Muhammad Idris
  6. Jan 09: Aariz Ad-Deen b Arman
  7. Jan 09: Anak Mira

Masih menunggu:

  1. Feb 09: Zai & Ika
  2. Feb 09: Mel & Gee
  3. Mac 09: Aku (& wife aku la)
  4. Apr 09: Anim
  5. Mei 09: Hafiz
  6. Jul 09: Amir
  7. Aug 09: Saz & Rhymie

Moga selamat semuanya.

afza Peribadi

30 tahun dan seterusnya

Wednesday, January 21st, 2009 at 2:33 pm

Kadang-kadang kita tidak sedar akan masa yang berlalu.

30 tahun dahulu
Jan 1979: pertama kali nampak dunia.

26 tahun dahulu
Jan 1983: pertama kali masuk tadika pada umur 4 tahun.

23 tahun dahulu
Jan 1986: pertama kali masuk sekolah rendah.

17 tahun dahulu
Jan 1992: pertama kali masuk sekolah asrama penuh.

12 tahun dahulu
Jan 1997: pertama kali kerja di Johor sementara tunggu keputusan SPM

7 tahun dahulu
Jan 2002: pertama kali dapat surat lapur diri untuk kerja.

4 tahun dahulu
Jan 2005: sudah sebulan aku mula blogging.

2 tahun dahulu
Jan 2007: (bulan seterusnya) pertama kali aku berjumpa ‘bakal’ isteriku.

1 tahun dahulu
Jan 2008: pertama kali status menjadi ‘tunangan orang’.

7 hari lepas
Jan 2009: pertama kali umur bermula dengan nombor 3.

1 hari lepas: masih mencari nama yang sesuai untuk afza junior.

Bagaimana dengan hari anda?

afza Peribadi ,

surcaj

Wednesday, November 12th, 2008 at 11:48 pm

10 Nov 2008

Pilih destinasi. Pilih tarikh. Pilih bilangan tetamu. Cari.

Pilih penerbangan, “Perlepasan dan Pengembalian”(?). Sambung.

3 Tetamu: RM 240
Airport tax: RM 45
Administration Fees: RM 135
Fuel Surcharge: RM 132

Masukkan nama. Masukkan tarikh lahir. Masukkan nombor pengenalan. Masukkan “Negara pengisu”(?). Pilih “Bagasi Berdaftar 1″. Pilih “mahu Laluan Xpress”. Masukkan “Maklumat Kontak”(?). Masukkan maklumat pembayaran. Setuju.

Jumlah semua RM 647.

Esoknya, 11 Nov 2008.

AirAsia does away with fuel fees on all flights

AirAsia hapus surcaj

Argghh! Tapi kalau aku beli sekarang, berapa harganya?

Pilih destinasi. Pilih tarikh. Pilih bilangan tetamu. Cari.

Pilih penerbangan, Perlepasan dan Pengembalian. Sambung.

3 Tetamu: RM 366
Airport tax: RM 45
Administration Fees: RM 135

Jika campur “Servis & Fee”, jumlah semua RM 641

Penjimatan!!

Destinasi adalah sama.

Perbezaan hanya pada harga tiket dan surcaj minyak.

afza Pengembaraan epik

syawal

Saturday, October 25th, 2008 at 1:01 am

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Minggu-minggu terakhir Syawal ni, banyak jemputan untuk rumah terbuka. Tiap-tiap hari makan sedap-sedap. Makin tembam la aku nampaknya.

Isteri aku pun dah makin tembam, tapi bukan sebab makan banyak. Dia tembam sebab kena sampuk dengan aku. hehehe. Dah nak masuk bulan ke 5. Insyaallah, bulan 3 nanti lahir lah sorang lagi cucu untuk mak aku.

Lepas ni, bertiga la pula. :)

afza Peribadi

selamat

Thursday, September 25th, 2008 at 8:22 am

Lama gak aku tak tulis apa-apa. Selalunya, aku ambil masa terluang di pejabat untuk tulis dalam blog ini. Tapi semenjak firewall dah block blog aku, susah sikit nak update.Bila dah balik rumah, malas pula nak buka komputer. Mungkin lepas raya baru rajin sikit nak update.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah pada Abang Ipar aku atas kelahiran Darlis Natasha. Juga tak dilupakan, Daniel Hafizuddin yang baru lahir pagi semalam.

Selamat semuanya. Selamat berpuasa lagi seminggu. Selamat balik kampung. Selamat berhari raya. Selamat pulang selepas berhari raya. Selamat semuanya.

Update: Zainee pun dah bersalin on 26 Sept. Dedua sihat. Namanya Mikael Wong Bin Adrian Wong.

afza Peribadi

penat

Monday, August 11th, 2008 at 9:56 am

Penat juga. Semalam sampai rumah dah pukul 11 malam. Lepas campak kemas barang tepi katil, aku dan isteri terus masuk tido. Tak sempat apa, terus terlelap

Dua minggu berturut-turut kami berjalan. Satu ke Langkawi, satu lagi ke Johor Baru. Kalau ada trip ke Kelantan, dah lengkap satu semenanjung kami pusing.

Hari ini, penuh ampaian dengan kain baju yang kami basuh. Hasil simpanan baju 2 minggu. Jenuh juga nak lipat lepas ni.

afza Peribadi

macam biskut

Wednesday, August 6th, 2008 at 12:03 pm

Baru aje nak rehat, dah nak jalan lagi. Hujung minggu nie aku nak ke Johor pula.

Macam tak cukup aje duit sampai hujung bulan ni. :P

afza Peribadi