surcaj

Wednesday, November 12th, 2008 @ 11:48 pm

10 Nov 2008

Pilih destinasi. Pilih tarikh. Pilih bilangan tetamu. Cari.

Pilih penerbangan, “Perlepasan dan Pengembalian”(?). Sambung.

3 Tetamu: RM 240
Airport tax: RM 45
Administration Fees: RM 135
Fuel Surcharge: RM 132

Masukkan nama. Masukkan tarikh lahir. Masukkan nombor pengenalan. Masukkan “Negara pengisu”(?). Pilih “Bagasi Berdaftar 1″. Pilih “mahu Laluan Xpress”. Masukkan “Maklumat Kontak”(?). Masukkan maklumat pembayaran. Setuju.

Jumlah semua RM 647.

Esoknya, 11 Nov 2008.

AirAsia does away with fuel fees on all flights

AirAsia hapus surcaj

Argghh! Tapi kalau aku beli sekarang, berapa harganya?

Pilih destinasi. Pilih tarikh. Pilih bilangan tetamu. Cari.

Pilih penerbangan, Perlepasan dan Pengembalian. Sambung.

3 Tetamu: RM 366
Airport tax: RM 45
Administration Fees: RM 135

Jika campur “Servis & Fee”, jumlah semua RM 641

Penjimatan!!

Destinasi adalah sama.

Perbezaan hanya pada harga tiket dan surcaj minyak.

syawal

Saturday, October 25th, 2008 @ 1:01 am

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Minggu-minggu terakhir Syawal ni, banyak jemputan untuk rumah terbuka. Tiap-tiap hari makan sedap-sedap. Makin tembam la aku nampaknya.

Isteri aku pun dah makin tembam, tapi bukan sebab makan banyak. Dia tembam sebab kena sampuk dengan aku. hehehe. Dah nak masuk bulan ke 5. Insyaallah, bulan 3 nanti lahir lah sorang lagi cucu untuk mak aku.

Lepas ni, bertiga la pula. :)

selamat

Thursday, September 25th, 2008 @ 8:22 am

Lama gak aku tak tulis apa-apa. Selalunya, aku ambil masa terluang di pejabat untuk tulis dalam blog ini. Tapi semenjak firewall dah block blog aku, susah sikit nak update.Bila dah balik rumah, malas pula nak buka komputer. Mungkin lepas raya baru rajin sikit nak update.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah pada Abang Ipar aku atas kelahiran Darlis Natasha. Juga tak dilupakan, Daniel Hafizuddin yang baru lahir pagi semalam.

Selamat semuanya. Selamat berpuasa lagi seminggu. Selamat balik kampung. Selamat berhari raya. Selamat pulang selepas berhari raya. Selamat semuanya.

Update: Zainee pun dah bersalin on 26 Sept. Dedua sihat. Namanya Mikael Wong Bin Adrian Wong.

penat

Monday, August 11th, 2008 @ 9:56 am

Penat juga. Semalam sampai rumah dah pukul 11 malam. Lepas campak kemas barang tepi katil, aku dan isteri terus masuk tido. Tak sempat apa, terus terlelap

Dua minggu berturut-turut kami berjalan. Satu ke Langkawi, satu lagi ke Johor Baru. Kalau ada trip ke Kelantan, dah lengkap satu semenanjung kami pusing.

Hari ini, penuh ampaian dengan kain baju yang kami basuh. Hasil simpanan baju 2 minggu. Jenuh juga nak lipat lepas ni.

macam biskut

Wednesday, August 6th, 2008 @ 12:03 pm

Baru aje nak rehat, dah nak jalan lagi. Hujung minggu nie aku nak ke Johor pula.

Macam tak cukup aje duit sampai hujung bulan ni. :P

dah balik

Monday, August 4th, 2008 @ 11:12 am

Aku dah balik dari Langkawi. Gambar akan menyusul tidak lama lagi. :)

bangun

Thursday, July 24th, 2008 @ 5:28 pm

Awal pagi lagi aku dah bangun, bersahur dengan isteri. Kami ingin berpuasa hari ini. Dia ada lagi yang perlu diganti. Aku pula nak buat pahala sunat dan curi sedikit kasih sayang. waaa. Sekali sekala teman isteri berpuasa, mesti seronok. Lepas jamah nasi goreng yang hangat, aku pun rasa semangat hendak beramal.

Selalunya bila aku sampai pejabat, perkara pertama yang aku buat adalah pergi sarapan dengan kawan sepejabat. Tapi kali ini, aku dah sms kawan aku awal-awal “aku puasa hari ini”. Jadi kali ini, aku tak campur mereka makan di kantin. Tak elok kalau mereka makan depan aku.

Read the rest of this entry »