Aku dah balik Malaysia, tapi hati masih kat seberang laut. Tak ada mood nak buat kerja. Rasa malas aja, nasib baik tak ada kerja.
Hari tu aku pergi ke Phuket, honeymoon. Kan ke aku baru tukar status. Aku pergi 4 hari 3 malam. Terbang dari KL hari Selasa, 3 Jun, dan balik pada hari Jumaat, 6 Jun.
Sekarang nie aku tak ada mood nak tulis panjang-panjang. Jadi korang tengok aje lah dulu gamba Phuket. Gamba wedding aku belum siap lagi.
Pengembaraan ni dah lama dah. Bulan Mac tahun lepas. Tapi aku lupa nak tulis.
Dalam satu kelas MBA:
Maleen: Jom pegi holiday.
Is: Nak pegi mana?
Mas: Jom pegi Cherating!
Maleen: Mas kata boleh book Impiana.
Mas: Lepas tu boleh pegi tengok gajah mandi!
Aku: Gajah mandi?
Najib: Nak buat apa tengok gajah?
Mas & Maleen: Jom la tengok gajah mandi.
Akhirnya, aku dengan Is pun setuju. Org lain tak boleh ikut sebab ada komitmen lain. Jadi semuanya ada 4 orang yang sanggup ambil cuti hari Isnin dan pergi ke Cherating.
Dalam masa 24 jam, aku dah bergerak sejauh 550 ++ km. Kesian kereta aku. Pagi semalam aku balik Perak. Pagi ni dah sampai opis pukul 9am. Lusa nak pegi Melaka pulak.
Ops, aku tak sempat nak tulis pasal pengembaraan aku ke Kuching pada 26 - 29 Januari 2008. Kerja mula menimbun seminggu sebelum aku terbang, sampai lah hari ini. Aku tak mau bosankan korang dengan cerita kerja aku (mesti korang kata aku nak buat alasan). Jadi, aku teruskan dengan cerita pengembaraan epik aku.
Macam biasa, kapal terbang aku akan bertolak awal pagi. Nak tiket murah, kena lah korbankan masa sikit. Jam 6 pagi aku dah terpacak depan LCCT. Nasib baik adik aku rajin nak hantar aku pagi-pagi macam ni. Lepas sembahyang subuh dan bersarapan nasi lemak, Cepr, kawan aku, merangkap rakan sepenerbangan, merangkap pemandu pelancong, merangkap tuan punya rumah yang aku nak tido, tiba. Dia datang KL seminggu lepas, jadi dia beli tiket balik Kuching sama dengan aku.
Penerbangan ke Kuching tiada masalah. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dekat-dekat pukul 9 pagi (tempoh penerbangan dalam 1 jam 45 minit). Terus naik kereta sebab pemandu dah tunggu. Tak sampai 15 minit dah sampai ke rumah dia. Sekali lagi aku sarapan nasi lemak pada hari yang sama. Satu nasi lemak LCCT, satu lagi nasi lemak Kuching.
Aku ada terbaca satu artikel dalam eWeek.com berkenaan kerja dalam bidang IT yang bertajuk “No Holiday for IT“. Semua perkara dalam artikel tu memang terasa betul. Antaranya adalah:
hujung minggu adalah untuk kerja
cuti umum adalah untuk kerja
“the biggest holidays of the year are rarely a cause for celebration”
masalah ’suka’ datang semasa cuti
“the lack of sympathy or thankfulness”
Dalam kes aku pulak, selain dari yang di atas, tiada pampasan atau faedah yang diperuntukkan apabila kena kerja pada waktu malam atau cuti bagi mereka yg dah masuk taraf eksekutif.
Masa aku ambil MBA selama 1 tahun 8 bulan, aku kena bahagikan masa hujung minggu untuk kelas dan kerja. Kena buat jadual betul-betul supaya aktiviti tak bertindih. Tapi, selalunya akan ada faktor-faktor yang menyebabkan aku terpaksa bekerja pada hari yang ada kelas. Nasib baik kelas dari pagi hingga petang, kerja pula dari malam hingga pagi. Jadi masih boleh juga lah nak buat dua-dua dalam satu hari.
Sejak aku bekerja, tiap-tiap tahun kena bawa separuh dari cuti tahunan ke tahun hadapan. Sebabnya, aku tak sempat nak bercuti. Sungguh memenatkan. Terasa motivasi makin lama, makin berkurang. Tiap-tiap hari terasa letih.
Sejak awal tahun 2007, aku buat keputusan untuk bagi peluang aku rehat. Aku peruntukkan setiap 2 bulan untuk buat percutian ringkas. Kumpul dalam RM200-300 sebulan, dan rancang percutian dalam kos sekitar RM400-600. Tahun ini dah 3 trip yang aku buat.
Feb-Mac - Pulau Pinang
Apr-Mei - Kelantan
Jun-Sept - Pulau Bali
Okt-Nov - tak pergi mana-mana sebab banyak cuti raya.
Dis 2007 - Jan 2008 - Kuching Serawak
Tahun ini, aku tak ada banyak cuti nak dibawa ke tahun hadapan. Kalau dulu, tak terasa pun teruja bila hari Jumaat. Sekarang, sekejap je dah sampai hari Jumaat. Oh ya, esok (28Nov) aku cuti sampai hujung minggu. Nak pergi Kedah pulak. Bos aku dah pesan, “Make sure boleh di contact. Jangan lupa bawa laptop.” Hai, indahnya kerja bidang IT.
Recent Comments