Nazmi Ahmad Faisal
- Lepas bersalin
- Day one
- Day two
- Day three
Tarikh Lahir: 06 Mac 2009
Masa Lahir: 02:44 am
Kelahiran: Normal
Berat: 2.1 kg
Tinggi: 49 cm
Tarikh Lahir: 06 Mac 2009
Masa Lahir: 02:44 am
Kelahiran: Normal
Berat: 2.1 kg
Tinggi: 49 cm
Minggu ini aku ada kursus. Tiga hari tak perlu buat kerja. Kalau ada orang telefon, boleh bagi alasan sedang berkursus. Tak perlu pening-pening kepala.
Seharian duduk dalam kelas. Dengar orang lain berceloteh. Duduk 1 jam, ada minum pagi. Duduk 2 jam, ada makan tengah hari. Duduk 2 jam, dah boleh balik.
Kemudian aku dapat sms ini petang tadi.
elok le tu, email kat hang, kata training sila contact shukri (bos aku), email shukri, kata training, sila contact faisal. pi mai tang tu
Maaf, tak tahu pulak bos aku pun ada training.
Masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Kurang dari 3 minggu, Afza Jr akan lahir. Jadi aku pun buat checklist untuk barang yang perlu dibawa ke hospital nanti. Checklist Beg Bersalin.
Tapi yang pasti, malam ini aku semakin mengantuk. Cuma satu sahaja masalahnya, aku masih di pejabat!
Ahad yang lepas
Bersenjatakan tali pengukur, pensel dan kertas, aku dan isteri terbongkok-bongkok di sekeliling bilik. “Katil, panjang 78 inci, lebar 62 inci,” kataku, “meja tepi pula 26 inci panjang, 15 inci lebar.” Isteriku pula dengan tekun, mencatatkan ukuran-ukuran itu.
“Kita tolak katil ke sana, meja solek ke situ, meja tepi ke sinun, laci ke sinin,” isteriku mencadangkan. “Tak pun buat macam ni, macam tu, macam nun,” cadangnya lagi.
Bukan apa, kami tengah buat sesi casa impiana tanpa Eric Leong / Camelia atau pun Amy Mastura / Bill Keith / Ben Firdaus. Kalau ikut senarai nama, kami dah nak sampai seru. Jadi kena lah bersedia.
Kurang dari sebulan lagi, Syaban dan nak bersalin. Ramai orang dah tanya, “dah sedia ke?” Kalau dari segi barang, ade la beberapa benda dah beli. Dari segi ilmu keibubapaan, tolong doa-doakan lah yek.
Semua barang yang dah dibeli, termasuklah 5-tier storage box tu. Katil bayi tu turun temurun dari kakak aku.
p/s: ada sapa-sapa yang nak bagi tip?
Lupa nak bagi tahu, aku dapat sorang lagi anak buah. Namanya Adam Mika’il bin Muhammad Idris. Lahir masa musim haji baru-baru ini 7 Dec 2008. Setakat ini, semua anak buah aku lelaki. Bakal anak aku pun lelaki. Nampaknya, jenuh la mak aku nak layan karenah cucu-cucunya nanti. Semua lasak-lasak belaka.
Selain itu, Arman dan Linda pun dah mula tak dapat tidur malam melayan anak mereka yang baru lahir pada 25 Jan 2009. Nama belum ada yang rasmi lagi. Jadi, masih sempat kalau nak bagi cadangan. Dengarnya Mira pun dah bersalin. Juga anak lelaki. Tambah sikit lagi, boleh buat team bola sepak ni.
Seterusnya, dalam bulan Februari, Ika & Mel pula dah tunggu. Mac nanti, aku punya giliran. Lepas tu giliran Anim, lepas tu Hafiz, lepas-lepas tu giliran Amir pulak.
Memang musim kot kawan-kawan aku ni mengawan.
Yang dah selesai:
- Sept 08: Darlis Natasha bt Darlisfitri
- Sept 08: Daniel b Hafizuddin
- Sept 08: Mikael Wong b Adrian Wong
- Dis 08: Yang Aish Zachary b Yang Zamzari Habali
- Dis 08: Adam Mika’il b Muhammad Idris
- Jan 09: Aariz Ad-Deen b Arman
- Jan 09: Anak Mira
Masih menunggu:
- Feb 09: Zai & Ika
- Feb 09: Mel & Gee
- Mac 09: Aku (& wife aku la)
- Apr 09: Anim
- Mei 09: Hafiz
- Jul 09: Amir
- Aug 09: Saz & Rhymie
Moga selamat semuanya.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan masa yang berlalu.
30 tahun dahulu
Jan 1979: pertama kali nampak dunia.26 tahun dahulu
Jan 1983: pertama kali masuk tadika pada umur 4 tahun.23 tahun dahulu
Jan 1986: pertama kali masuk sekolah rendah.17 tahun dahulu
Jan 1992: pertama kali masuk sekolah asrama penuh.12 tahun dahulu
Jan 1997: pertama kali kerja di Johor sementara tunggu keputusan SPM7 tahun dahulu
Jan 2002: pertama kali dapat surat lapur diri untuk kerja.4 tahun dahulu
Jan 2005: sudah sebulan aku mula blogging.2 tahun dahulu
Jan 2007: (bulan seterusnya) pertama kali aku berjumpa ‘bakal’ isteriku.1 tahun dahulu
Jan 2008: pertama kali status menjadi ‘tunangan orang’.7 hari lepas
Jan 2009: pertama kali umur bermula dengan nombor 3.1 hari lepas: masih mencari nama yang sesuai untuk afza junior.
Bagaimana dengan hari anda?
Recent Comments