lagi lagi nazmi
Huhuhu, lamanya tak menulis di sini. Banyak yg terlepas, tapi malas nak tulis. Jadi apa kata kita tengok perkembangan Nazmi setakat ini.
Huhuhu, lamanya tak menulis di sini. Banyak yg terlepas, tapi malas nak tulis. Jadi apa kata kita tengok perkembangan Nazmi setakat ini.
Ada 2 minggu aja lagi untuk Nazmi nak manja-manja dengan Mama. Lepas tu Mama dah kena posting di luar negara selama 3 bulan. Kesian anak ayah nie. Kecil lagi dah kena tinggal.
Hari nie Nazmi dah berusia 39 hari. Kalau tengok dari hari pertama hingga sekarang, memang nampak bezanya. Sekejap sahaja dah besar. Kami tak timbang lagi berat terbaru Nazmi, tapi agaknya, dah hampir 3 kg dah kut.
| From Nazmi 2009 |
Sabtu lepas, Adam Mika’il, sepupu Nazmi datang ziarah.
| From Nazmi 2009 |
Sama besar kan?
Kalau ikut tarikh, hari nie dah sebulan Nazmi lahir. Kalau ikut hari, dah masuk hari yang ke-32.
Hari pertama
| From Nazmi 2009 |
Hari ke-27
| From Nazmi 2009 |
Muka dah makin tembam. Berat dah bertambah. Kalau dulu 2.1 kg, sekarang tak tau la berapa. Tak timbang lagi. Dah mula nampak perangainya macam mana. Antaranya adalah:
Setakat ini, semua orang sihat. Nazmi pun tak terukkena kuning. Cuma nampak kuning kat mata sahaja. Itu pun cuma untuk 2 hari. Mamanya pun sihat, dah tak sabar nak keluar rumah.
Cuma satu aje, orang kata, ayahnya boleh kurus bila dapat anak. Tipu lah..
Tarikh Lahir: 06 Mac 2009
Masa Lahir: 02:44 am
Kelahiran: Normal
Berat: 2.1 kg
Tinggi: 49 cm
Masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Kurang dari 3 minggu, Afza Jr akan lahir. Jadi aku pun buat checklist untuk barang yang perlu dibawa ke hospital nanti. Checklist Beg Bersalin.
Tapi yang pasti, malam ini aku semakin mengantuk. Cuma satu sahaja masalahnya, aku masih di pejabat!
Recent Comments