Archive

Archive for the ‘Lain lain’ Category

lamanya

June 18th, 2009

Maaf kawan-kawan. Aku lupa yang aku ada blog. :D

afza Lain lain

amboi-amboi

April 21st, 2009

Hujung minggu lepas Nazmi keluar berjalan-jalan. Ini kali pertama keluar dari pagar rumah. Kalau dulu, paling jauh pun dekat kerusi depan grill rumah.

Hari Sabtu kami makan kenduri di Cheras, Ahad pula pergi ke Setapak melawat Anim yang baru bersalin. Jadi ini kali pertama Nazmi cuba baby car seat yang kawan Mama hadiahkan. Mama dan Ayah pun pertama kali kena siapkan beg Nazmi. Nak bawa susu lah, air lah, baju tambahan lah, lampin lah. Gambar kami berjalan-jalan akan di upload kemudian.

Isnin pila, kami pergi buat pemeriksaan & vaksin untuk Nazmi. Bila timbang, jururawat tu kata berat Nazmi dah cecah 4.6 kg! Terkejut kami. Selama ini ingatkan baru 3++ kg, rupa-rupanya dan 4 kg. Patut lah lenguh jek tangan masa nak dodoikan Nazmi. Dah hampir sama berat dgn satu kampit beras.

Nampaknya kena cuba semua baju yang dihadiahkan. Silap hari bulan, ada yang dah tak boleh pakai ni. Alahai, pada mata Mama & Ayah, Nazmi nie kecil lagi la.

afza Lain lain, Peribadi

firefox 3

June 18th, 2008

Dalam banyak-banyak aplikasi yang aku guna, browser Firefox lah yang paling aku suka. Sekarang dah versi 3, baru aje keluar pukul 1pagi waktu Malaysia hari ini.

Orang-orang dekat Spread Firefox tengah cuba nak jadikan Firefox sebagai software yang paling banyak dimuat-turun dalam Guinnes World Record. Masa aku tengah tulis ni, dah 2 855 285kali Firefox 3 dimuat-turun. Dari Malaysia sahaja dah 8 973 kali.

Antara ciri-ciri menarik yang baru adalah:

  1. smart location bar
  2. one-click bookmarking
  3. instant web site ID
  4. smart keywords
  5. search suggestion

ada banyak lagi ciri-ciri lain yang menarik. Tapi yang pasti, aku rasa macam pengalaman browsing aku dah bertambah bagus. Page dibuka dengan lebih pantas. Senang nak bookmarks. Senang nak taip URL.

Cuba lah bertukar ke Firefox 3.
Download Day - English

afza Lain lain ,