Archive

Author Archive

jam bumi

March 29th, 2009

Siapa yang padam lampu pada jam 8:30pm -9:30pm Sabtu lepas? Aku pun bergelap juga untuk Jam Bumi (Earth Hour). Cuma pasang tv & lampu untuk satu bilik. Tak boleh tutup semua. Nanti Nazmi meragam, jenuh pula nak buat susu.

Terkini:

Malaysians join media and city landmarks for global sustainability movement - The Star

550MW dip in power use for Earth Hour - The Star

GELITA SEJAM DEMI BUMI - Utusan

Dunia bergelap - Berita Harian

afza Aktiviti , ,

wajah-wajah

March 27th, 2009

Ok, ini wajah-wajah kami.

afza Keluarga ,

Nazmi Ahmad Faisal

March 6th, 2009

Tarikh Lahir: 06 Mac 2009

Masa Lahir: 02:44 am

Kelahiran: Normal

Berat: 2.1 kg

Tinggi: 49 cm

afza Keluarga

pi mai tang tu

March 5th, 2009

Minggu ini aku ada kursus. Tiga hari tak perlu buat kerja. Kalau ada orang telefon, boleh bagi alasan sedang berkursus. Tak perlu pening-pening kepala.

Seharian duduk dalam kelas. Dengar orang lain berceloteh. Duduk 1 jam, ada minum pagi. Duduk 2 jam, ada makan tengah hari. Duduk 2 jam, dah boleh balik.

Kemudian aku dapat sms ini petang tadi.

elok le tu, email kat hang, kata training sila contact shukri (bos aku), email shukri, kata training, sila contact faisal. pi mai tang tu

Maaf, tak tahu pulak bos aku pun ada training. :P

afza Peribadi

semakin

February 23rd, 2009

Masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Kurang dari 3 minggu, Afza Jr akan lahir. Jadi aku pun buat checklist untuk barang yang perlu dibawa ke hospital nanti. Checklist Beg Bersalin.

Tapi yang pasti, malam ini aku semakin mengantuk. Cuma satu sahaja masalahnya, aku masih di pejabat!

afza Keluarga

casa impiana

February 10th, 2009

Ahad yang lepas

Bersenjatakan tali pengukur, pensel dan kertas, aku dan isteri terbongkok-bongkok di sekeliling bilik. “Katil, panjang 78 inci, lebar 62 inci,” kataku, “meja tepi pula 26 inci panjang, 15 inci lebar.” Isteriku pula dengan tekun, mencatatkan ukuran-ukuran itu.

“Kita tolak katil ke sana, meja solek ke situ, meja tepi ke sinun, laci ke sinin,” isteriku mencadangkan. “Tak pun buat macam ni, macam tu, macam nun,” cadangnya lagi.

Bukan apa, kami tengah buat sesi casa impiana tanpa Eric Leong / Camelia atau pun Amy Mastura / Bill Keith / Ben Firdaus. Kalau ikut senarai nama, kami dah nak sampai seru. Jadi kena lah bersedia.

afza Keluarga

hampir tiba

February 6th, 2009

Kurang dari sebulan lagi, Syaban dan nak bersalin. Ramai orang dah tanya, “dah sedia ke?” Kalau dari segi barang, ade la beberapa benda dah beli. Dari segi ilmu keibubapaan, tolong doa-doakan lah yek.

Semua barang yang dah dibeli, termasuklah 5-tier storage box tu. Katil bayi tu turun temurun dari kakak aku.

p/s: ada sapa-sapa yang nak bagi tip?

afza Keluarga