amboi-amboi
Hujung minggu lepas Nazmi keluar berjalan-jalan. Ini kali pertama keluar dari pagar rumah. Kalau dulu, paling jauh pun dekat kerusi depan grill rumah.
Hari Sabtu kami makan kenduri di Cheras, Ahad pula pergi ke Setapak melawat Anim yang baru bersalin. Jadi ini kali pertama Nazmi cuba baby car seat yang kawan Mama hadiahkan. Mama dan Ayah pun pertama kali kena siapkan beg Nazmi. Nak bawa susu lah, air lah, baju tambahan lah, lampin lah. Gambar kami berjalan-jalan akan di upload kemudian.
Isnin pila, kami pergi buat pemeriksaan & vaksin untuk Nazmi. Bila timbang, jururawat tu kata berat Nazmi dah cecah 4.6 kg! Terkejut kami. Selama ini ingatkan baru 3++ kg, rupa-rupanya dan 4 kg. Patut lah lenguh jek tangan masa nak dodoikan Nazmi. Dah hampir sama berat dgn satu kampit beras.
Nampaknya kena cuba semua baju yang dihadiahkan. Silap hari bulan, ada yang dah tak boleh pakai ni. Alahai, pada mata Mama & Ayah, Nazmi nie kecil lagi la.
yeayyyy… nazmi dah besaarrr… yea yea… bleh wrestling ngan qais, mika, daniel, aish…. ngan sepupu2 dier yg lain gakkk….
:)) ya boleh wrestling! aku rasa anak aku boleh jadi referee je kot :))
ala afza, kitorang masa 1st time nak kuar tu, ambik masa sejam, dari utk packing apa2 yg patut, sampai la adrian mula drive. lama tak lama tuu :))
hmmm td I lipat baju2 Nazmi and found out….
- 1 baju (up to 2.7kg) memang sah dah x boleh pakai..
- 4 baju (up to 4.5kg) dah sendat..
Baju 2.7 kg tu nasib baik sempat cuba sekali, itu pon tang tangan n kaki dah sendat…yg 4.5kg tu area leher dah payah nak masukkan kepala nazmi…area perut lak ketat like sarung nangka..silap2 lg 4-5 hari lg dah x muat..!
:)) hehe kesian Nazmi, Mama & Ayah overlook la…tot u still small :p
suka entry nih.. cepat btol nazmi membesar ya.. semoga membesar bagai johan.. sihat dan kuat… hehehe