Archive

Archive for April 21st, 2009

amboi-amboi

April 21st, 2009

Hujung minggu lepas Nazmi keluar berjalan-jalan. Ini kali pertama keluar dari pagar rumah. Kalau dulu, paling jauh pun dekat kerusi depan grill rumah.

Hari Sabtu kami makan kenduri di Cheras, Ahad pula pergi ke Setapak melawat Anim yang baru bersalin. Jadi ini kali pertama Nazmi cuba baby car seat yang kawan Mama hadiahkan. Mama dan Ayah pun pertama kali kena siapkan beg Nazmi. Nak bawa susu lah, air lah, baju tambahan lah, lampin lah. Gambar kami berjalan-jalan akan di upload kemudian.

Isnin pila, kami pergi buat pemeriksaan & vaksin untuk Nazmi. Bila timbang, jururawat tu kata berat Nazmi dah cecah 4.6 kg! Terkejut kami. Selama ini ingatkan baru 3++ kg, rupa-rupanya dan 4 kg. Patut lah lenguh jek tangan masa nak dodoikan Nazmi. Dah hampir sama berat dgn satu kampit beras.

Nampaknya kena cuba semua baju yang dihadiahkan. Silap hari bulan, ada yang dah tak boleh pakai ni. Alahai, pada mata Mama & Ayah, Nazmi nie kecil lagi la.

afza Lain lain, Peribadi