Home > Keluarga > sebulan sudah

sebulan sudah

April 6th, 2009

Kalau ikut tarikh, hari nie dah sebulan Nazmi lahir. Kalau ikut hari, dah masuk hari yang ke-32.

Hari pertama

From Nazmi 2009

 
Hari ke-27

From Nazmi 2009

 
Muka dah makin tembam. Berat dah bertambah. Kalau dulu 2.1 kg, sekarang tak tau la berapa. Tak timbang lagi. Dah mula nampak perangainya macam mana. Antaranya adalah:

  • tak berapa suka dimandikan
    Tiap kali nak mandi, mesti menangis. Kadang-kadang sampai nak hitam mukanya meraung takut sejuk/air.
  • tak boleh minum susu banyak-banyak sekali harung
    Dulu masa lahir, menyusu dalam 2 auns. Sekarang pun sukatan masih sama. Tak boleh lebih, nanti tak habis. Jadi tiap 1-2 jam dah minta susu. Ayah dan Mama tak sempat nak rehat.
  • tak mahu berak kalau lampin tak kering
    Kalau lampin dah basah, memang Nazmi tak mahu berak. Nazmi akan meragam minta tukar lampin. Elok lepas tukar aja lampin, mula lah dia meneran. Dah habis berak, dia suruh tukar lampin lagi. Kalau tak tukar, meragam la jawabnya. Apa pesen ni?

Setakat ini, semua orang sihat. Nazmi pun tak terukkena kuning. Cuma nampak kuning kat mata sahaja. Itu pun cuma untuk 2 hari. Mamanya pun sihat, dah tak sabar nak keluar rumah.

Cuma satu aje, orang kata, ayahnya boleh kurus bila dapat anak. Tipu lah..

afza Keluarga , ,

  1. za1nee
    April 6th, 2009 at 15:21 | #1

    actually those 3 things tu aku rasa memang consistent lah ngan baby kecik.. hehe.. anak kitorang pun camtu. tak suka mandi. bila dah masuk umur 3 bulan tu baru tak menangis time mandi. then memang takleh minum byk sbb perut kecik. anndd very particular pasal lampin basah. kalau ko nak tau, masa awal2 tu kan, we used about 10-15 diapers a day! skang dah kurang.. max pun 6.. hehe

    • April 6th, 2009 at 15:39 | #2

      pasal lampin tu, ade budak yg tak kisah pun kencing berak dlm lampin yang sama. tapi kalo nazmi, selagi tak tukar, dia takmo berak.

  2. April 10th, 2009 at 14:37 | #3

    anak aku si Aish mmg lain le kalau gitu..
    dier suka mandiii…. masa dalam pantang.. kalau kitorang tak mandikan dier time yg dier sepatutnya mandi.. dier akan sangat cranky… ha… siap bising nangis ngamuk segala…

    pasal diaper… aku rasa biasala kot baby tak selasa nak poo poo kalau dah basah…

Comments are closed.