Masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Kurang dari 3 minggu, Afza Jr akan lahir. Jadi aku pun buat checklist untuk barang yang perlu dibawa ke hospital nanti. Checklist Beg Bersalin.
Tapi yang pasti, malam ini aku semakin mengantuk. Cuma satu sahaja masalahnya, aku masih di pejabat!
afza Keluarga
Ahad yang lepas
Bersenjatakan tali pengukur, pensel dan kertas, aku dan isteri terbongkok-bongkok di sekeliling bilik. “Katil, panjang 78 inci, lebar 62 inci,” kataku, “meja tepi pula 26 inci panjang, 15 inci lebar.” Isteriku pula dengan tekun, mencatatkan ukuran-ukuran itu.
“Kita tolak katil ke sana, meja solek ke situ, meja tepi ke sinun, laci ke sinin,” isteriku mencadangkan. “Tak pun buat macam ni, macam tu, macam nun,” cadangnya lagi.
Bukan apa, kami tengah buat sesi casa impiana tanpa Eric Leong / Camelia atau pun Amy Mastura / Bill Keith / Ben Firdaus. Kalau ikut senarai nama, kami dah nak sampai seru. Jadi kena lah bersedia.
afza Keluarga
Kurang dari sebulan lagi, Syaban dan nak bersalin. Ramai orang dah tanya, “dah sedia ke?” Kalau dari segi barang, ade la beberapa benda dah beli. Dari segi ilmu keibubapaan, tolong doa-doakan lah yek.

Semua barang yang dah dibeli, termasuklah 5-tier storage box tu. Katil bayi tu turun temurun dari kakak aku.
p/s: ada sapa-sapa yang nak bagi tip?
afza Keluarga
Recent Comments