baru yg tak berapa baru
Lupa nak bagi tahu, aku dapat sorang lagi anak buah. Namanya Adam Mika’il bin Muhammad Idris. Lahir masa musim haji baru-baru ini 7 Dec 2008. Setakat ini, semua anak buah aku lelaki. Bakal anak aku pun lelaki. Nampaknya, jenuh la mak aku nak layan karenah cucu-cucunya nanti. Semua lasak-lasak belaka.
Selain itu, Arman dan Linda pun dah mula tak dapat tidur malam melayan anak mereka yang baru lahir pada 25 Jan 2009. Nama belum ada yang rasmi lagi. Jadi, masih sempat kalau nak bagi cadangan. Dengarnya Mira pun dah bersalin. Juga anak lelaki. Tambah sikit lagi, boleh buat team bola sepak ni.
Seterusnya, dalam bulan Februari, Ika & Mel pula dah tunggu. Mac nanti, aku punya giliran. Lepas tu giliran Anim, lepas tu Hafiz, lepas-lepas tu giliran Amir pulak.
Memang musim kot kawan-kawan aku ni mengawan.
Yang dah selesai:
- Sept 08: Darlis Natasha bt Darlisfitri
- Sept 08: Daniel b Hafizuddin
- Sept 08: Mikael Wong b Adrian Wong
- Dis 08: Yang Aish Zachary b Yang Zamzari Habali
- Dis 08: Adam Mika’il b Muhammad Idris
- Jan 09: Aariz Ad-Deen b Arman
- Jan 09: Anak Mira
Masih menunggu:
- Feb 09: Zai & Ika
- Feb 09: Mel & Gee
- Mac 09: Aku (& wife aku la)
- Apr 09: Anim
- Mei 09: Hafiz
- Jul 09: Amir
- Aug 09: Saz & Rhymie
Moga selamat semuanya.
Recent Comments