bangun
July 24th, 2008 | by afza |Awal pagi lagi aku dah bangun, bersahur dengan isteri. Kami ingin berpuasa hari ini. Dia ada lagi yang perlu diganti. Aku pula nak buat pahala sunat dan curi sedikit kasih sayang. waaa. Sekali sekala teman isteri berpuasa, mesti seronok. Lepas jamah nasi goreng yang hangat, aku pun rasa semangat hendak beramal.
Selalunya bila aku sampai pejabat, perkara pertama yang aku buat adalah pergi sarapan dengan kawan sepejabat. Tapi kali ini, aku dah sms kawan aku awal-awal “aku puasa hari ini”. Jadi kali ini, aku tak campur mereka makan di kantin. Tak elok kalau mereka makan depan aku.
Hari ini, aku ada aktiviti DR testing sepanjang hari. Bila aktiviti bermula, aku tengok, dah ada kudapan disediakan. Tapi iman aku kuat. Setakat teh dan kuih tak boleh mencabar iman. Pahala yang dijanjikanNya lebih bermakna. Isteri pun lebih sayang.
Menjelang tengah hari, kami dah bersedia untuk berhenti rehat sebentar. Pihak penganjur mempersilakan semua untuk menjamu selera. Hidangan tengah hari telah siap menunggu. Ada sambal udang, ada ayam goreng berempah, ada gulai lemak nenas ikan masin, ada ulam-ulaman dengan sambal belacan. Mengiurkan.
Awal awal lagi aku dah bangun, air liur dah kecur. Maaf sayang, iman i tak cukup tebal.

4 Responses to “bangun”
By lenny on Jul 25, 2008 | Reply
ahahhahahha
ko mmg la afza… sabo je la syaban ngan ko nieh tauuuuu
By syaban on Jul 25, 2008 | Reply
oleh kerana setan2 telah berjaya menggoda u, maka i terpaksalah ‘mendiskaun’ sayang i pada u semalam pasal pose yang-yuk…hehehhe
afza kata: ooo patut la smalam tido awal
By AbuQais on Jul 31, 2008 | Reply
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga
Alangkan puasa wajib pun boleh terbabass
Inikan pulak puasa sunat … PIIRAHH!
akutulis: I tak pernah tak habiskan puasa sunat … walaupun i puasa sunat macam sukan olimpik pat tahun sekali
afza kata: ko slalu terbabas puasa wajib ke Zai?
By thefunkphenomena on Aug 6, 2008 | Reply
Puasa kerana untuk tunjuk kasih sayang pada isteri atau semata-mata kerana ikhlas untuk beribadah? niat mesti betul.lenkali cuba lagi.