Cherating 31 Mac 2007

May 12th, 2008 | by afza |
Pengembaraan ni dah lama dah. Bulan Mac tahun lepas. Tapi aku lupa nak tulis.

Dalam satu kelas MBA:

Maleen: Jom pegi holiday.

Is: Nak pegi mana?

Mas: Jom pegi Cherating!

Maleen: Mas kata boleh book Impiana.

Mas: Lepas tu boleh pegi tengok gajah mandi!

Aku: Gajah mandi?

Najib: Nak buat apa tengok gajah?

Mas & Maleen: Jom la tengok gajah mandi.

Akhirnya, aku dengan Is pun setuju. Org lain tak boleh ikut sebab ada komitmen lain. Jadi semuanya ada 4 orang yang sanggup ambil cuti hari Isnin dan pergi ke Cherating.

Hari Sabtu kami berkumpul kat pejabat aku. Semua orang akan naik kereta Is. Kami bertolak ke Kuala Gandah untuk tengok gajah dulu. Kalau ikut Karak Highway dari KL, keluar di susur Lanchang. ( pandu arah untuk ke sana ) Kami sampai dalam pukul 10:30 pagi. Aktiviti di Pusat Pemuliharaan Gajah masih belum bermula. Jadi kami singgah di DeerLand dahulu.

Macam-macam yang ada kat situ. Ada rusa, beruang, ular, burung kasawari dan lain-lain.


Bila dah puas main dengan semua binatang di situ, kami pun masuk balik dalam Pusat Pemuliharaan Gajah.


Ada muzium, ada tayangan dokumentari gajah, boleh bagi gajah makan, boleh naik gajah dan boleh mandi dengan gajah!




Bila dah puas main dengan gajah, kami pun terus ke Cherating. Kami tidur di Impiana. Biliknya menarik, pemandangan pun menarik.




Masa di cherating, kami sempat la ronda pekan Kemaman, cuba roti bakar di Kedai Kopi Hai Peng dan main golf.



Tapi, kebanyakan masanya, kami habiskan dengan lepak di tepi pantai.


Lepas tidur 2 malam, kami pun balik ke KL untuk memulakan kembali hari-hari yang sibuk di pejabat.

  1. One Response to “Cherating 31 Mac 2007”

  2. By za1nee on May 23, 2008 | Reply

    ko tak terserempak ngan hantu ke time tido kat impiana tu? :))

    member2 aku ramai kena kacau ngan hantu.. hehe

    afza kata: diorang dtg dgn niat tak baik kot. (mcm la aku baik sgt)

Post a Comment