Kuching 26-29 Jan 2008
April 21st, 2008 | by afza |Ops, aku tak sempat nak tulis pasal pengembaraan aku ke Kuching pada 26 - 29 Januari 2008. Kerja mula menimbun seminggu sebelum aku terbang, sampai lah hari ini. Aku tak mau bosankan korang dengan cerita kerja aku (mesti korang kata aku nak buat alasan). Jadi, aku teruskan dengan cerita pengembaraan epik aku.
Macam biasa, kapal terbang aku akan bertolak awal pagi. Nak tiket murah, kena lah korbankan masa sikit. Jam 6 pagi aku dah terpacak depan LCCT. Nasib baik adik aku rajin nak hantar aku pagi-pagi macam ni. Lepas sembahyang subuh dan bersarapan nasi lemak, Cepr, kawan aku, merangkap rakan sepenerbangan, merangkap pemandu pelancong, merangkap tuan punya rumah yang aku nak tido, tiba. Dia datang KL seminggu lepas, jadi dia beli tiket balik Kuching sama dengan aku.
Penerbangan ke Kuching tiada masalah. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dekat-dekat pukul 9 pagi (tempoh penerbangan dalam 1 jam 45 minit). Terus naik kereta sebab pemandu dah tunggu. Tak sampai 15 minit dah sampai ke rumah dia. Sekali lagi aku sarapan nasi lemak pada hari yang sama. Satu nasi lemak LCCT, satu lagi nasi lemak Kuching.
Lepas berehat sebentar, Cepr ajak pergi pasar Sarikin. Macam-macam ada kat sana. Kain, baju, batik dan barang kraft macam tikar melimpah-limpah. Harga pun murah juga.
Lepas sebat sehelai jaket dan beberapa kain batik serawak, kami terus ke destinasi kedua, Gua Angin. Gelap juga gua tu. Dah lah lampu suluh yang dibekalkan tak terang. Nasib baik ada flash kamera boleh membantu. Di belakang gua ni ada Sungai Serawak. Masa kami lalu, ada satu kumpulan yang baru tiba di Gua Angin dari Kuching dengan naik kayak. Memang menarik.
Habis tengok gua, perut pun dah lapar. Kami singgah makan tengah hari. Aku pesan Teh C-Peng, ayam pansoh dan umai udang. Gambar bole tengok kat bawah. Masakannya ringkas, lain dari yang biasa jumpa di semenanjung. Bila semua dah kenyang, kami pun pulang ke rumah.
Malam tu kami ke Pasar Satok untuk makan malam. Ramai sungguh orang, dekat setengah jam nak cari parking kereta. Aku cari lagi makanan Serawak. Kali ni nak cuba Mee Kolok. Ada rasa macam mee kicap.
Esoknya, kami bersiap nak mandi air terjun. Namanya Air Terjun Ranchan. 4 orang lagi kawan Rauhah, isteri Cepr pun ikut sekali. Hampir satu jam jaraknya dari Kuching. Air terjun ini katanya popular dikalangan masyarakat tempatan. Tempatnya bersih dan cantik. Air sejuk dan segar.
Macam-macam makanan yang kami bawa. Rauhah sempat buat resipi yang aku ajar dia malam tadi, Spaghetti Kosong. Selain tu, ada nasi lemak, ayam & udang panggang, sosej, bihun dan macam-macam lagi. Memang tak habis pun. Kena bungkus bawak balik.
Petang tu, Cepr bawa aku pergi ke ladang buaya. Selain buaya, ada banyak lagi spesis binatang yang ada dalam ladang ni. Buaya dari yang kecil hingga lah selebar 2 kali aku pun ada, macam-macam jenis. Sempat juga lah tengok buaya-buaya ni makan tengah hari. Siap ada lompat-lompat lagi tu.
Hari ke-3, kami pusing bandar Kuching. Tengok Astana (rumah Yang DiPertua Negeri Serawak), Kubu Margherita, kilang kek lapis, Kuching WaterFront, dan akhir sekali naik Serawak River Cruise. Susah juga nak cari Kubu Margherita sebab jalan utama ke kubu tu masih dibuat. Jadi kami kena ikut jalan belakang. Siap masuk dalam balai polis lagi.
Malamnya kami makan ikan bakar. Siap ada sup gamat dan umai ikan. Aku, macam biasa, memang suka cuba benda baru. Cuma umai ikan aku tak berapa suka. Yang lain, aku bedal licin.
Pagi hari terakhir aku kat Kuching, langit mendung dan hujan turun sekali sekala. Kuching sedih sebab aku dah nak balik kot. Sebelum balik, Cepr sempat bawak aku naik Taman Budaya. Dari situ bole nampak separuh bandar Kuching.
Lepas tu, Cepr bawak aku pi Muara Tebas. Dia tunjuk kat aku jeti tempat orang naik bot ke Bako. Tapi dia setakat tunjuk je la. Takde plak nak suruh aku pi Bako. Memandangkan hari nak hujan balik, kami pun pulang ke Kuching.
Kami sempat makan tengah hari terakhir kat kuching. Aku bernasib baik sebab dapat jumpa umai jenis yang ke-3, umai obor-obor. Jadi dah lengkap pengembaraan aku sebab dapat jumpa semua jenis umai. Boleh gak panggil trip ni Pengembaraan Epik Umai.
Petang tu, aku dah kena bersiap. Kapal terbang aku selamat berlepas pukul 6:30pm.

5 Responses to “Kuching 26-29 Jan 2008”
By Nordin Rahman on Apr 22, 2008 | Reply
AFZA, ko bercuti ke Sarawak tiap2 tahun ke? Tahun lepas ko pergi Sarawak jugak, kan?
afza kata: mana ada tetiap thn. aku pegi sekali jek. awal thn nie.
By lenny on Apr 22, 2008 | Reply
bestnyer pengembaraan epik ko.. siap berkelah2 lagikk..D:
afza kata: yg tu host aku punya idea. aku tak tau pun nak pi mandi air terjun. mulanya nak berkayak ke gua angin, tapi memandangkan tahap kecergasan yg melampau, lain kali aje la.
By nurminah on Apr 23, 2008 | Reply
eh aku kenal la rauhah tu..kawan kat mrsm jasin
afza: En Cepr, sila komen.
By asril amirul on Apr 30, 2008 | Reply
Afza,
ingat aku lagi tak?
afza kata: aku mmg ingat..
By thefunkphenomena on May 7, 2008 | Reply
bagusla jalan2 bercuti dalam negara. sesungguhnya negara Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Tahniah!