arggh
March 5th, 2008 | by afza |Argghh, argghh, argghh, sangap betul aku dibuatnya. Tahun ini, secara rasminya dah jadi tahun paling sibuk. Baru NAK masuk bulan ke 3, kerja yang aku buat dah macam 9 bulan.
2 minggu sebelum nak pergi Kuching, kerja pertama datang. Selalunya ambil masa 3 bulan untuk siapkan satu cycle, tapi kali ini, nak kena siapkan dalam 3 minggu! Gilo gapo. Malam sebelum terbang, aku kene buat kerja. Sungguh tak bercuti rasanya.
Dah la tu masa tengah jalan-jalan kat Satok, user aku telefon, katanya dia nak ubah sikit changes yang aku dah apply dalam system. Jadi aku kena buat balik kerja aku dan aku dah rugi satu minggu. Sungguh tak bercuti rasanya.
Masa cuti Hari Wilayah, orang lain berehat kat rumah, aku duk kat opis buat kerja. Masa cuti Tahun Baru Cina, orang lain berehat kat rumah, aku duk kat opis buat kerja. Sungguh tak bercuti rasanya.
Elok aja lepas siap, kerja yang kedua pula sampai. Pun nak cepat juga. Tapi nasib baik sebab nak buat tu kat system klon sahaja. Tapi ambil masa 2 minggu juga lah nak siapkan.
Minggu lepas, dapat lah aku rehat 1 minggu. Tapi nak kena siapkan laporan bulanan dan sebagainya pulak. Apa pun, masih ok lagi lah.
Semalam, sampai pula kerja ketiga. Kerja 3 bulan, perlu disiapkan dalam masa 4 minggu dari sekarang! Adoi la…
p/s: Cerita Kuching masih dalam kotak draf. Kalau sempat, ada la esok lusa.

3 Responses to “arggh”
By kL on Mar 5, 2008 | Reply
Hadoilah.. letih aku membacanya.. sabar Apza.. dugaan..
By lenny on Mar 6, 2008 | Reply
huhuh… itula perasaan Yang satu masa dulu.. and dier ada satu tambahan… aku!! dok require attention!! ahhahaha….
afza kata: tapi masa Yang dulu, cuma satu request yg tiap² minggu ubah. time aku, banyak request nak super fast.
By lenny on Apr 18, 2008 | Reply
weih.. dah tak nak update ke???