Home > Peribadi > rupanya

rupanya

January 14th, 2008

Petang Isnin lepas, tunang aku minta aku bawakkan dia pergi Midvalley lepas kerja. Katanya nak beli kertas untuk buat kotak. Aku tak ada masalah. Cuma, tak boleh lama sebab mak aku datang duduk rumah aku. Nasib baik aku dah beli barang dapur Ahad lepas, nanti apa pula mak aku nak makan. ‘Biasa la, rumah orang bujang. Mana ada makanan sangat. Asyik makan kat luar aje‘.

Jadi, lepas opis, kami pun pergi lah ke midvalley. Nasib baik org tak ramai. Senang nak cari parking. Kalau penuh, mahu setengah jam nak park kereta aja. Kami terus cari kedai kertas dekat tingkat 3. Lepas belek-belek kertas yang ada, dia kata semua kertas tu tak sesuai. Memandangkan dah masuk Maghrib, kami pun pergi ke surau dalam Jusco. (tapi sebelum sampai surau, sempat la tengok barang sikit sebab tengah sale.)

Lepas sembahyang, kami pun cari tempat makan. Aku ajak pi foodcourt, tapi dia takmo. Katanya nak makan mahal sikit. Dia ajak pi Madam Kwan’s. Aku takde masalah. ‘Lagi pun dia kata nak belanja. Setuju aje lah‘.

Masuk aje Madam Kwan’s, hostess tu terus bagi masuk. Nampaknya tunang aku dah book awal. Tapi yang peliknya, hostess tu tak pulak tunjukkan meja kat mana. Tunang aku terus jek jalan masuk ke dalam. Rupa-rupanya, nun kat hujung restoran tu, dah mencanak 9 kepala tunggu kat meja. Ada Yang, Lenny, Alya, Zai, Ika, Malik, Aiza, Linda & Arman. ‘Ceh, nak terkejut kan aku le rupenye‘.Sempat juga budak-budak ni rancang nak buat semua ni.

Lepas makan, kek pun sampai. Alya paling gembira nak nyanyi lagu birthday. Tiap kali sampai kat rangkap ke 3, mesti jadi “Hepi beday Alya.” Nampaknya aku kena tukar nama lah lepas ni.

Bila semua dah senak perut, aku pun minta diri. Tak boleh lama sebab mak aku duduk rumah aku. Dah pukul 11:30pm baru sampai rumah. Sian mak aku, buka pose sorang-sorang hari tu.

Apa pun, terima kasih kat semua yang datang, terutama penganjur yang disayangi.

afza Peribadi

  1. January 17th, 2008 at 15:05 | #1

    hehehhe….
    menjadi erk surprise…

    seme idea tunang ko yg tersayang tuh laaa…
    hehehhe….

    Happy besday Afza… Sorryla.. Alya as usual kalau lagu besday mmg “happy besday to Aiyaa..”

    hahahha..

    afza kata: yg dinner tu, macam dah tau. tapi korang semua terpacak tu, aku mmg tak tau.

  2. niniez
    January 18th, 2008 at 10:14 | #2

    Dear apza merangkap tunang syaban… :)

    HAPPY BELATED BIRTHDAY..

    semoga ape yg diingini dapat dikecapi dan panjang umur bersama yang tersayanG!

  3. January 19th, 2008 at 21:02 | #3

    Wow… AFZA, romanticnya korang… ;-) Happy belated birthday.

  4. January 22nd, 2008 at 15:18 | #4

    yo bro!!!!!

    happy birthday :) smoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati dan dilindungi allah selalu.

    tahniah bro, dah jadik tunangan org! nanti kenal2 kan la dgn mmber.. hehehe, jgn dtg cyber, taknak ajak aku lunch dah woi :P

    my salam to ur fiancee.

    ps: saper ckp kt aku berita kau bertunang..lupa dah aku :)

Comments are closed.