Archive

Archive for January, 2008

esok nak mengembara

January 25th, 2008

Pagi esok aku dah ada kat LCCT. Nak pergi Kuching pula. Nantikan lintas langsung dari sana.

Meow..

afza Peribadi

rupanya

January 14th, 2008

Petang Isnin lepas, tunang aku minta aku bawakkan dia pergi Midvalley lepas kerja. Katanya nak beli kertas untuk buat kotak. Aku tak ada masalah. Cuma, tak boleh lama sebab mak aku datang duduk rumah aku. Nasib baik aku dah beli barang dapur Ahad lepas, nanti apa pula mak aku nak makan. ‘Biasa la, rumah orang bujang. Mana ada makanan sangat. Asyik makan kat luar aje‘.

Jadi, lepas opis, kami pun pergi lah ke midvalley. Nasib baik org tak ramai. Senang nak cari parking. Kalau penuh, mahu setengah jam nak park kereta aja. Kami terus cari kedai kertas dekat tingkat 3. Lepas belek-belek kertas yang ada, dia kata semua kertas tu tak sesuai. Memandangkan dah masuk Maghrib, kami pun pergi ke surau dalam Jusco. (tapi sebelum sampai surau, sempat la tengok barang sikit sebab tengah sale.)

Lepas sembahyang, kami pun cari tempat makan. Aku ajak pi foodcourt, tapi dia takmo. Katanya nak makan mahal sikit. Dia ajak pi Madam Kwan’s. Aku takde masalah. ‘Lagi pun dia kata nak belanja. Setuju aje lah‘.

Masuk aje Madam Kwan’s, hostess tu terus bagi masuk. Nampaknya tunang aku dah book awal. Tapi yang peliknya, hostess tu tak pulak tunjukkan meja kat mana. Tunang aku terus jek jalan masuk ke dalam. Rupa-rupanya, nun kat hujung restoran tu, dah mencanak 9 kepala tunggu kat meja. Ada Yang, Lenny, Alya, Zai, Ika, Malik, Aiza, Linda & Arman. ‘Ceh, nak terkejut kan aku le rupenye‘.Sempat juga budak-budak ni rancang nak buat semua ni.

Lepas makan, kek pun sampai. Alya paling gembira nak nyanyi lagu birthday. Tiap kali sampai kat rangkap ke 3, mesti jadi “Hepi beday Alya.” Nampaknya aku kena tukar nama lah lepas ni.

Bila semua dah senak perut, aku pun minta diri. Tak boleh lama sebab mak aku duduk rumah aku. Dah pukul 11:30pm baru sampai rumah. Sian mak aku, buka pose sorang-sorang hari tu.

Apa pun, terima kasih kat semua yang datang, terutama penganjur yang disayangi.

afza Peribadi

kantin opis

January 14th, 2008

Hari ini aku makan nasi campur RM6, kawan aku pulak RM7 dan sorang lagi RM9. Kami sungguh kaya. Apa yang kami makan?

Aku: Paru (2 keping), sayur, nasi = RM6

Kawan 1: Paru (2 besar, satu kecil), sayur, nasi = RM7

Kawan 2: Paru (2 keping), ayam goreng (1 ketul), telur masin (1/2 biji) = RM9

Kaya kan?

Esok jangan harap nak makan kat situ lagik.

Update (16 jan 2008):

Mungkin ramai yang dah komplen, harga makanan dah turun sedikit.

Menu aku: Nangka masak lemak, sotong satu ekor (saiz biasa), nasi = Rm4

Aku tak pasti berapa harga bagi nasi dan Nangka Masak Lemak. Tapi sotong satu ekor (dengan kepalanya) harganya RM1.50. Jadi Nasi mungkin RM1 dan Nangka tu RM1.50.

afza Makan , ,

mana

January 14th, 2008

Ramai yang dah bertanya, “Mana gambarnya?” Aku saje takmo tunjuk. Tapi jangan risau, aku ada bawa ole-ole sikit hari ini.

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open it in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

Jurugambar aku sibuk sikit. Seminggu lepas aku bertunang, dia pulak nak bernikah. Tahniah kijal.

p/s: gamba aku tak ada sebab aku comot sangat hari tu.

afza Peribadi

ops

January 7th, 2008

Aku bosan la hari ini. Kerja ada, tapi malas nak buat. Ini baru minggu kedua tahun 2008. Ish ish ish….

Aku baru perasan, 2 hari sebelum post kerna, genap empat tahun aku blogging. Lama juga tu. Ini semua gara-gara Pn Zainee yang cabar aku suruh blog.

Posting aku yang pertama, ‘blog‘.

Nampaknya taik ayam ini masih suam-suam lagi.

afza Peribadi