kacau

December 6th, 2007 | by afza |

Malam tadi aku memang penat. Pukul 12:30 malam baru sampai rumah lepas tengok cerita Enchanted dekat Midvalley. Pukul 1 pagi baru tido. Kelmarin pun tidur lambat. (Jangan ditanya kenapa.) Bila aku letak je kepala, terus masuk alam fantasi, dibuai alunan mimpi.

Tiba-tiba aku terjaga. Aku terus capai handphone aku, tengok baru pukul 4 pagi. Ada 14 sms yang belum dibaca! Ini mesti sms dari sistem itooot nie. (Sistem ni bukan sistem aku. Dia cuma nak access ke sistem aku.) Mesti bunyi sms yang kacau aku tido nie. Abaikan aja lah. Esok pagi baru tengok.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku.Tensen aku dibuatnya, nak tido pun kena kacau. Disebabkan aku malas nak buka komputer dan masuk sistem, aku telefon aje bahagian operasi. Aku suruh mereka run 2 script untuk restart service.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku. Tensen aku dibuatnya, nak tido pun kena kacau lagi. Disebabkan aku malas nak buka komputer dan masuk sistem, aku telefon aje bahagian operasi lagi sekali. Aku suruh mereka run 2 script untuk restart service satu kali lagi.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku. Aku memang dah tensen, nak tido pun tak boleh dah. Terus aku buka komputer dan masuk ke sistem aku. Aku restart service secara manual. Lepas tu aku tunggu. Dalam sistem aku, semua nampak macam dah ok. Lepas 5 minit, tak ada sms yang datang. Bagus..

Memandangkan mata dah segar, internet dah ada, aku pun buka site AirAsia. Sekarang ni ada promosi tiket 6 sen, aku pun saja nak check sama ada boleh dapat tiket 6 sen tu. Kelmarin aku cuba satu tarikh tu, aku cuma dapat paling murah pun RM9.99 sahaja.

Kali ini bila aku masukkan tarikh yang sama, boleh pulak dapat 6 tiket sen. Kalau ke Langkawi, jumlah kos pergi balik campur cukai dan sebagainya hanya Rm89.12. (Baru kejap ni aku check untuk tarikh yang sama, jumlah kos pergi balik campur cukai dan sebagainya dah jadi RM248.98.) Aku cuba cari tiket ke Gold Coast pula, dapat dalam Rm1300 untuk tiket pergi balik. Bali pula cuma RM350. Jadi, kalau korang nak beli tiket murah, bangun la waktu pagi buta macam ni.

Lepas tu aku tutup komputer. Jam hampir pukul 5 pagi. Subuh lambat lagi, baik sambung tido.

Bila aku buka balik mata, aku tengok langit dah cerah. Dalam hati aku kata, nasib baik hari ni cuti. Aku pun tengok jam, dah pukul 8:10 pagi. Hai, subuh dah cerah aku hari ni. Tetiba aku teringat, cuti ape hari ni? Aku tengok balik jam, alamak hari khamis la! :P

  1. 2 Responses to “kacau”

  2. By za1nee on Dec 6, 2007 | Reply

    ingatkan kena kacau ngan hantu ke… ngan syaban ke… :p

    afza kata: jiwa kacau..

  3. By lenny on Dec 7, 2007 | Reply

    ahahhaha…. weih… jom plan trip….

    afza kata: aku dah ada trip. nak pi kuching Januari nie. hehehe

Sorry, comments for this entry are closed at this time.