Archive

Archive for December, 2007

kerna

December 22nd, 2007

Cinta tak perlu dilafaz,
Kerna pasti terpancar dimata.

Cinta tak peru diluah,
Kerna hati bisa merasa.

Cinta tak perlu didamba,
Kerna pasti lahir dari jiwa yang ikhlas.

Senyum manismu,
Mewarnai hari ku.
Indah santunmu,
Membelai jiwaku.

Kini pasti,
Hari-hari mendatang,
Akan lebih bersinar dan ceria,
Pabila kau hampir di sisi menemaniku.

Kejap lagi, status aku dah bertukar jadi tunangan orang.

afza Peribadi

sarapanku

December 12th, 2007

Dah lama juga kantin kat pejabat aku tutup. Tiap-tiap pagi asyik kena sarapan kat luar. Lama-lama, aku dah busan. Asyik-asyik pegi makan roti canai kat kedai mamak atau pun makan nasi lemak. Jadi Ahad lepas aku pun pergi la ke supermarket, beli barang untuk sarapan. Cadangnya nak buat sarapan sendiri tiap-tiap hari, tapi lepas fikir-fikir, aku selangkan hari yang aku buat sarapan sendiri. Jadi tak lah busan sangat makan benda yang sama.

Hari ini dan Isnin lepas, aku buat sandwich. Aku panggang sikit roti tu. Lepas tu aku isi macam-macam. Siap ada salad, tomato ceri, keju cheddar, tuna, mayonis dan daging sandwich.

sarapanku

Lepas tu boleh dibawa ke pejabat.

bungkus

Tapi pagi ini, jalan jam la pulak. Jadi aku yang dah lapar ni, terus je sebat sementara nak sampai pejabat.

lapar

Kenyang…

afza Makan ,

bowling

December 10th, 2007

Semalam aku bersama lebih 100 orang dari opis aku, menyerbu Pyramid Mega Lanes, di Sunway Pyramid. Turut bersama kami ada lebih kurang 80 vendor. Semuanya sebab nak main kejohanan bowling anjuran kelab kat opis aku. Ada 28 kumpulan dari opis aku, dan 20 kumpulan dari vendor. Penuh 48 lorong kat situ kami tempah. Orang ramai yang datang kunun nak bermain bowling dengan rakan², terpaksa pulang dengan hampa.

Setiap kumpulan ada 4 ahli, tapi sorang ahli kumpulan aku tak boleh datang, dah tinggal 3 org. Lepas tu, sorang lagi kata, pukul 3:30 ptg nanti nak kena balik. Nak hantar anak pergi kelas berenang. Sempat la dia main satu game dulu. Lagi 2 game, aku ngan sorang lagi kena la mainkan. Aku main untuk 2 org, kawan aku main untuk 2 org. Rase macam main 6 game hari tu.

Bila dah abis, kumpulan aku dapat nombor 27 dari 28 (kalau campur vendor, masih kat belakang, nombor 40 lebih kot). Tapi nasib kumpulan aku baik, sebab penganjur bagi hadiah untuk nombor 1 hingga 3 dan semua nombor ganjil. Walaupun nombor 2 dari belakang, aku masih dapat hadiah! Kalau vendor pula, nombor 1 hingga 3 dan semua nombor genap dapat hadiah.

Puas hati gak la. Bayar cuma RM25 sorang, tapi aku dapat main macam 6 game campur minum petang. Lepas tu, dapat hadiah lagi (t-shirt aje pun). Oh ya, lepas main, aku baru perasan baju kejohanan yang aku dapat tu rosak sikit. Bukan rosak apa, cuma logo kejohanan tak ada (macam mana la semua orang, termasuk aku boleh tak perasan). Jadi aku pun mintak ganti. Bila aku balik rumah, aku bawak 3 helai baju. Memang berbaloi betul…

afza Peribadi

kacau

December 6th, 2007

Malam tadi aku memang penat. Pukul 12:30 malam baru sampai rumah lepas tengok cerita Enchanted dekat Midvalley. Pukul 1 pagi baru tido. Kelmarin pun tidur lambat. (Jangan ditanya kenapa.) Bila aku letak je kepala, terus masuk alam fantasi, dibuai alunan mimpi.

Tiba-tiba aku terjaga. Aku terus capai handphone aku, tengok baru pukul 4 pagi. Ada 14 sms yang belum dibaca! Ini mesti sms dari sistem itooot nie. (Sistem ni bukan sistem aku. Dia cuma nak access ke sistem aku.) Mesti bunyi sms yang kacau aku tido nie. Abaikan aja lah. Esok pagi baru tengok.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku.Tensen aku dibuatnya, nak tido pun kena kacau. Disebabkan aku malas nak buka komputer dan masuk sistem, aku telefon aje bahagian operasi. Aku suruh mereka run 2 script untuk restart service.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku. Tensen aku dibuatnya, nak tido pun kena kacau lagi. Disebabkan aku malas nak buka komputer dan masuk sistem, aku telefon aje bahagian operasi lagi sekali. Aku suruh mereka run 2 script untuk restart service satu kali lagi.

5 minit kemudian, satu lagi sms masuk. Terjaga lagi aku. Aku memang dah tensen, nak tido pun tak boleh dah. Terus aku buka komputer dan masuk ke sistem aku. Aku restart service secara manual. Lepas tu aku tunggu. Dalam sistem aku, semua nampak macam dah ok. Lepas 5 minit, tak ada sms yang datang. Bagus..

Memandangkan mata dah segar, internet dah ada, aku pun buka site AirAsia. Sekarang ni ada promosi tiket 6 sen, aku pun saja nak check sama ada boleh dapat tiket 6 sen tu. Kelmarin aku cuba satu tarikh tu, aku cuma dapat paling murah pun RM9.99 sahaja.

Kali ini bila aku masukkan tarikh yang sama, boleh pulak dapat 6 tiket sen. Kalau ke Langkawi, jumlah kos pergi balik campur cukai dan sebagainya hanya Rm89.12. (Baru kejap ni aku check untuk tarikh yang sama, jumlah kos pergi balik campur cukai dan sebagainya dah jadi RM248.98.) Aku cuba cari tiket ke Gold Coast pula, dapat dalam Rm1300 untuk tiket pergi balik. Bali pula cuma RM350. Jadi, kalau korang nak beli tiket murah, bangun la waktu pagi buta macam ni.

Lepas tu aku tutup komputer. Jam hampir pukul 5 pagi. Subuh lambat lagi, baik sambung tido.

Bila aku buka balik mata, aku tengok langit dah cerah. Dalam hati aku kata, nasib baik hari ni cuti. Aku pun tengok jam, dah pukul 8:10 pagi. Hai, subuh dah cerah aku hari ni. Tetiba aku teringat, cuti ape hari ni? Aku tengok balik jam, alamak hari khamis la! :P

afza Peribadi

jauhnya

December 1st, 2007

Dalam masa 5 hari, aku dah jalan sejauh 1077km. Ada 113km lagi sebelum abis perjalanan. Nampaknya minggu depan dah kena hantar kete pergi servis. Baru je hantar awal November ari tu.

afza Peribadi