cuti cuti
November 27th, 2007 | by afza |Aku ada terbaca satu artikel dalam eWeek.com berkenaan kerja dalam bidang IT yang bertajuk “No Holiday for IT“. Semua perkara dalam artikel tu memang terasa betul. Antaranya adalah:
- hujung minggu adalah untuk kerja
- cuti umum adalah untuk kerja
- “the biggest holidays of the year are rarely a cause for celebration”
- masalah ’suka’ datang semasa cuti
- “the lack of sympathy or thankfulness”
Dalam kes aku pulak, selain dari yang di atas, tiada pampasan atau faedah yang diperuntukkan apabila kena kerja pada waktu malam atau cuti bagi mereka yg dah masuk taraf eksekutif.
Masa aku ambil MBA selama 1 tahun 8 bulan, aku kena bahagikan masa hujung minggu untuk kelas dan kerja. Kena buat jadual betul-betul supaya aktiviti tak bertindih. Tapi, selalunya akan ada faktor-faktor yang menyebabkan aku terpaksa bekerja pada hari yang ada kelas. Nasib baik kelas dari pagi hingga petang, kerja pula dari malam hingga pagi. Jadi masih boleh juga lah nak buat dua-dua dalam satu hari.
Sejak aku bekerja, tiap-tiap tahun kena bawa separuh dari cuti tahunan ke tahun hadapan. Sebabnya, aku tak sempat nak bercuti. Sungguh memenatkan. Terasa motivasi makin lama, makin berkurang. Tiap-tiap hari terasa letih.
Sejak awal tahun 2007, aku buat keputusan untuk bagi peluang aku rehat. Aku peruntukkan setiap 2 bulan untuk buat percutian ringkas. Kumpul dalam RM200-300 sebulan, dan rancang percutian dalam kos sekitar RM400-600. Tahun ini dah 3 trip yang aku buat.
- Feb-Mac - Pulau Pinang
- Apr-Mei - Kelantan
- Jun-Sept - Pulau Bali
- Okt-Nov - tak pergi mana-mana sebab banyak cuti raya.
- Dis 2007 - Jan 2008 - Kuching Serawak
Tahun ini, aku tak ada banyak cuti nak dibawa ke tahun hadapan. Kalau dulu, tak terasa pun teruja bila hari Jumaat. Sekarang, sekejap je dah sampai hari Jumaat. Oh ya, esok (28Nov) aku cuti sampai hujung minggu. Nak pergi Kedah pulak. Bos aku dah pesan, “Make sure boleh di contact. Jangan lupa bawa laptop.” Hai, indahnya kerja bidang IT.
Ciao..

3 Responses to “cuti cuti”
By lenny on Nov 27, 2007 | Reply
weih… pegi Kuching ujung taun? tak ajak ponnnn!!
afza kata: aku pegi sorang jek. pi umah kawan aku. btw, bukan ujung thn, tapi awal thn.
By adunadun on Nov 27, 2007 | Reply
“jgn lupa bawak laptop” , hehe, ko macam boss aku aa, gi wedding anak buah pun bawak laptop.
By jumie on Dec 12, 2007 | Reply
aaa’h memang indah.. cuti pun memang kena on duty…
lagi naya
lack of thankfulness when OK
lots of -ve when KO.
(tapi user aku memang baik2 aahh