gigi
November 21st, 2007 | by afza |“Aku tak boleh tulih blog sebab sakit gigi.”
Boleh pakai ke ayat kat atas tu? Tak kisah lah. Janji ada alasan.
Tapi aku memang sakit gigi. Mula sakit hari Khamis lepas. Tak boleh tidur dibuatnya, berdenyut dan sakit. Hari Jumaat tu aku terus la cari klinik gigi yang berdekatan.
Klinik yang pertama aku pegi, nampak macam hebat la. Pejabatnya nampak profesional dan mewah. Siap tulis Pakar Orthodontist dan . Bila aku pergi kat kaunter, penyambut tetamu (pesakit?) tanya aku ada buat temujanji atau tidak. Aku cakap la, “Nak kena buat temujanji ke? Dah sakit ni.” Dia kata, semua kena ada temujanji. Dalam hati aku kata, ‘gigi aku tak buat pun temujanji bila dia nak sakit‘. Aku pun tanya bila paling cepat aku boleh buat temujanji. Dia kata hari Selasa. 4 hari dari sekarang! Mak oii, gigi aku sakit sekarang, bukan 4 hari lagi. Lepas tu dia buat muka bosan sebab aku tak pasti nak buat temujanji ke tidak. Terus aku keluar, baik cari klinik lain.
Klinik yang kedua aku pergi kata doktor tak ada sekarang. Dia tanya aku ada buat temujanji atau tidak. Aku dah nak rasa kecewa. Kat kampung, tak perlu pun buat temujanji. Kalau sakit gigi, terus je datang klinik. 3-4 jam (bergantung pada ketumpatan barisan pesakit)lepas tu dah tampal atau cabut gigi. Habis cerita. Tapi kat klinik ni pembantu dia bagus sikit. Dia tanya sama ada gigi aku tengah sakit atau tidak. Kalau sakit, dia boleh bagi ubat tahan sakit dulu. Haa, macam ini lah bagus, ada khidmat pelanggan. Terus aku buat temujanji dengan doktor (hari Khamis) walaupun lambat lagi.
Jadi, esok aku nak pergi tengok sama ada kena cabut gigi atau tidak.
Alamak, pain killer dah nak abis!!
update: gigi ku kecundang jua di tangan doktor gigi.
![]()

One Response to “gigi”
By lenny on Nov 26, 2007 | Reply
la.. sakit gigi ke.. cian kooo…
mana ko pegi ar.. lama tak jumpa..
bz tenet yeeee… ;P
afza kata: hmm, sama jek. tak pegi memana. cuma tak free ari khamis for the last couple of weeks.