Aku ada terbaca satu artikel dalam eWeek.com berkenaan kerja dalam bidang IT yang bertajuk “No Holiday for IT“. Semua perkara dalam artikel tu memang terasa betul. Antaranya adalah:
- hujung minggu adalah untuk kerja
- cuti umum adalah untuk kerja
- “the biggest holidays of the year are rarely a cause for celebration”
- masalah ’suka’ datang semasa cuti
- “the lack of sympathy or thankfulness”
Dalam kes aku pulak, selain dari yang di atas, tiada pampasan atau faedah yang diperuntukkan apabila kena kerja pada waktu malam atau cuti bagi mereka yg dah masuk taraf eksekutif.
Masa aku ambil MBA selama 1 tahun 8 bulan, aku kena bahagikan masa hujung minggu untuk kelas dan kerja. Kena buat jadual betul-betul supaya aktiviti tak bertindih. Tapi, selalunya akan ada faktor-faktor yang menyebabkan aku terpaksa bekerja pada hari yang ada kelas. Nasib baik kelas dari pagi hingga petang, kerja pula dari malam hingga pagi. Jadi masih boleh juga lah nak buat dua-dua dalam satu hari.
Sejak aku bekerja, tiap-tiap tahun kena bawa separuh dari cuti tahunan ke tahun hadapan. Sebabnya, aku tak sempat nak bercuti. Sungguh memenatkan. Terasa motivasi makin lama, makin berkurang. Tiap-tiap hari terasa letih.
Sejak awal tahun 2007, aku buat keputusan untuk bagi peluang aku rehat. Aku peruntukkan setiap 2 bulan untuk buat percutian ringkas. Kumpul dalam RM200-300 sebulan, dan rancang percutian dalam kos sekitar RM400-600. Tahun ini dah 3 trip yang aku buat.
- Feb-Mac - Pulau Pinang
- Apr-Mei - Kelantan
- Jun-Sept - Pulau Bali
- Okt-Nov - tak pergi mana-mana sebab banyak cuti raya.
- Dis 2007 - Jan 2008 - Kuching Serawak
Tahun ini, aku tak ada banyak cuti nak dibawa ke tahun hadapan. Kalau dulu, tak terasa pun teruja bila hari Jumaat. Sekarang, sekejap je dah sampai hari Jumaat. Oh ya, esok (28Nov) aku cuti sampai hujung minggu. Nak pergi Kedah pulak. Bos aku dah pesan, “Make sure boleh di contact. Jangan lupa bawa laptop.” Hai, indahnya kerja bidang IT.
Ciao..
afza Pengembaraan epik cuti, pengembaraan, perancangan
“Aku tak boleh tulih blog sebab sakit gigi.”
Boleh pakai ke ayat kat atas tu? Tak kisah lah. Janji ada alasan.
Tapi aku memang sakit gigi. Mula sakit hari Khamis lepas. Tak boleh tidur dibuatnya, berdenyut dan sakit. Hari Jumaat tu aku terus la cari klinik gigi yang berdekatan.
Klinik yang pertama aku pegi, nampak macam hebat la. Pejabatnya nampak profesional dan mewah. Siap tulis Pakar Orthodontist dan . Bila aku pergi kat kaunter, penyambut tetamu (pesakit?) tanya aku ada buat temujanji atau tidak. Aku cakap la, “Nak kena buat temujanji ke? Dah sakit ni.” Dia kata, semua kena ada temujanji. Dalam hati aku kata, ‘gigi aku tak buat pun temujanji bila dia nak sakit‘. Aku pun tanya bila paling cepat aku boleh buat temujanji. Dia kata hari Selasa. 4 hari dari sekarang! Mak oii, gigi aku sakit sekarang, bukan 4 hari lagi. Lepas tu dia buat muka bosan sebab aku tak pasti nak buat temujanji ke tidak. Terus aku keluar, baik cari klinik lain.
Klinik yang kedua aku pergi kata doktor tak ada sekarang. Dia tanya aku ada buat temujanji atau tidak. Aku dah nak rasa kecewa. Kat kampung, tak perlu pun buat temujanji. Kalau sakit gigi, terus je datang klinik. 3-4 jam (bergantung pada ketumpatan barisan pesakit)lepas tu dah tampal atau cabut gigi. Habis cerita. Tapi kat klinik ni pembantu dia bagus sikit. Dia tanya sama ada gigi aku tengah sakit atau tidak. Kalau sakit, dia boleh bagi ubat tahan sakit dulu. Haa, macam ini lah bagus, ada khidmat pelanggan. Terus aku buat temujanji dengan doktor (hari Khamis) walaupun lambat lagi.
Jadi, esok aku nak pergi tengok sama ada kena cabut gigi atau tidak.
Alamak, pain killer dah nak abis!!
update: gigi ku kecundang jua di tangan doktor gigi.
afza Peribadi
Mesti korang busan tengok posting yang sama tak berubah-ubah.
Mesti korang busan kalau aku bagi alasan yang aku sibuk.
Mesti korang busan kalau aku kata tak ada idea nak tulis.
Mesti korang busan tak dapat baca tulisan aku yang bagus-bagus. (hehehe)
Sebenarnya, aku tak ada la sibuk sangat.
Sebenarnya, aku tak ada la dah kering idea.
Sebenarnya, aku memang bagus pun. (hehehe)
Tapi, entah sebab apa, aku tak ada benda yang nak ditulis.
Jadi korang semua kena lah baca posting yang entah apa-apa ini.
Hehehehe….
p/s: Aku dah mula kelas berenang. Wohoo…
afza Peribadi
Recent Comments