Archive

Archive for June, 2007

panggilan 2

June 10th, 2007

Dah lama aku tak update blog ini. Banyak yg dah berlalu dan dilalui, tapi tak ada hati nak ditulis. Tajuk posting yang lepas sepatutnya bertujuan utk kisah pendaftaran haji (panggilan kaabah), tapi panggilan Ilahi lebih mendahului. Apa pun, yg pasti akan tiba adalah kematian…

(11 Mei 2007)

Jari ku laju menaip cerita semalam, Ayah masuk hospital. Petang nanti, selapas kerja, aku nak pergi melawat. Tak perlu tergesa² kerana adikku dan Mak dah ada di sana. Pagi tadi, adik yg bungsu pun dah pulang. Tiada yg perlu dirisaukan. Kerja di pejabat perlu disiapkan. Tugas tetap tugas.

Tepat jam 5:30pm, aku pun terus pergi ke HKL. Nasib baik jalan tak jam teruk. Setengah jam sahaja dah tiba di sana. Parking pun banyak yang dah kosong. Tak seperti semalam masa bawa ayah ke hospital. Harapnya ada perkembangan yang baik hari ini.

Sampai sahaja di CCU, aku lihat ramai sanak saudara yg dah tiba untuk melawat. Mak sempat telefon bagi tahu yang Ayah masuk hospital. Sebab tu ramai yang dah datang. Lepas bersalam dan bertanya khabar, aku pun masuk ke CCU tengok Ayah. Masih seperti semalam. Terlantar dengan tiub berselirat di sekeliling. Namun aku masih lega sebab Ayah masih bertindak balas bila di sentuh dan di tegur.

Tapi badan Ayah dah sembab sikit. Doktor kata air dalam badan tak keluar kerana Ayah tak dapat kencing. Ini disebabkan oleh buah pinggangnya yang dah tak berfungsi. Doktor buah pinggang dah di panggil, tapi petang sikit baru dia datang. Jadi aku pun keluar, jumpa sedara dan kawan yang datang menziarah.

Dalam pukul 8pm, Adrian dan Zainee sampai (sekarang dah sah suami isteri). Datang nak melawat Ayah. Lepas borak², depa pun nak balik. Kemudian Eny & Hafiz pula sampai. Tapi disebabkan guard tak bagi Daniea masuk, Eny yang naik dulu. Lepas tgk Ayah, Eny turun jaga Daniea, bagi can Hafiz pulak yang naik.

Masa aku bawa Hafiz masuk ke CCU dalam pukul 9:05pm, aku tengok nurse berlari² dan dengar bunyi alarm. Aku tengok semua nurse tu pergi arah katil Ayah. Aku nampak doktor dan nurse sibuk di keliling katil, sambil seorang nurse ajar Ayah mengucap. Salah sorang nurse tu nampak aku berdiri tepi bilik, terus dia tarik langsir tutup tak bagi aku tengok. Salah sorang doktor keluar dari bilik katanya jantung Ayah berhenti sebentar tadi, dia minta 5 minit lagi.

Aku bawak Hafiz keluar dan bagi tau Mak tentang Ayah. Mak pun masuk dalam. Tapi ntah mengapa, aku rasa tak mahu masuk CCU balik. Aku cuma tunggu di luar.

maaf, aku masih tak boleh nak siapkan posting ini hingga ke hari ini.

afza Peribadi