panggilan
Hari tu mak aku ade kata nak pegi buat haji lagi sekali. Mak kata nak ajak aku sekali, sebab ayah tak kuat dah. Aku pun terfikir, dah sedia ke aku nak pegi sana? Yang empat rukun pertama tu pun tunggang langgang, dah nak buat rukun yang ke lima. Boleh kot, mungkin aku yang fikir banyak sangat.Jadi aku pun ambil cuti hari Khamis (semalam) untuk urusan pendaftaran.
Malam Rabu tu aku pun terus pergi rumah kakak aku selepas makan malam. Nak tidur sana supaya senang memandangkan mak memang duduk kat situ. Nanti boleh la keluar awal dan tak perlu terkecoh-kecoh datang dari rumah aku. Lepas tu, bleh pi KLIA sambut dua orang pakcik aku yg balik dari mengerjakan umrah. Kapal terbang dijangka tiba tengah hari. Jadi plan memang lengkap lah.
Recent Comments