Archive

Archive for April 16th, 2007

pati

April 16th, 2007

Skarang nie status aku adalah Pendatang Asing Tanpa Izin. Sebabnya, IC aku dah ilang. Jgn tanya macam mana atau di mana. Aku pun sendri tak tau. Ish, ish, ish…

Kejap tadi Kelana Jaya ‘keluar hitam’ (black out). Aku tengah nak cari tempat makan. Memula ingat nak makan kat Syed Bistro. Tapi disebabkan kegelapan, aku tukar arah. Tempat lain semua gelap, tapi gerai yang jual tepi jalan semua terang sebab dia orang pakai generator sendiri. Nampaknya malam ini gerai kecik macam nie untung besar sebab kedai yang ada lampu besar-besar semua pasang lilin sahaja. Candle Light dinner la malam nie.

Oh yek, malam nie aku kerja. Tapi sebelum nak mula dah ada masalah. Patutnya mula jam 9:30pm, terpaksa mula jam 11:30pm. Nampak gayanya pukul 6am baru siap nie.

afza Peribadi