Archive

Archive for April, 2007

pati

April 16th, 2007

Skarang nie status aku adalah Pendatang Asing Tanpa Izin. Sebabnya, IC aku dah ilang. Jgn tanya macam mana atau di mana. Aku pun sendri tak tau. Ish, ish, ish…

Kejap tadi Kelana Jaya ‘keluar hitam’ (black out). Aku tengah nak cari tempat makan. Memula ingat nak makan kat Syed Bistro. Tapi disebabkan kegelapan, aku tukar arah. Tempat lain semua gelap, tapi gerai yang jual tepi jalan semua terang sebab dia orang pakai generator sendiri. Nampaknya malam ini gerai kecik macam nie untung besar sebab kedai yang ada lampu besar-besar semua pasang lilin sahaja. Candle Light dinner la malam nie.

Oh yek, malam nie aku kerja. Tapi sebelum nak mula dah ada masalah. Patutnya mula jam 9:30pm, terpaksa mula jam 11:30pm. Nampak gayanya pukul 6am baru siap nie.

afza Peribadi

pendaftaran

April 5th, 2007

Pegawai: Encik, sila ambil nombor dan tunggu giliran.

Lepas 3 jam.

Pegawai: Sila isi borang ini dan kembalikan kepada saya.

Lepas 3 jam lagi.

Pegawai: Borang yang encik isi tidak lengkap. Sila pastikan borang B-L0-G-3R, B-L0-G-1nG juga lengkap diisi.

Lepas 2.5 jam kemudian.

Pegawai: Permohonan encik akan kami proses dalam masa 2 minggu. Selepas itu encik akan di panggil untuk di interview oleh pegawai kami sebelum encik dapat memulakan blog Resepi Mak Limah ni.

The Star- Bloggers may have to register

The Star- Readers: Waste of time to register

afza Peribadi