Pulau Pinang - Batu Pahat : 17 - 18 Mac 2008
Ahahaha.. Lawak la tajuk ni.
Dah lama aku tak pi jalan². So dlm pertengahan bulan Februari tu, aku cam tetiba mengidam nak pi jalan². Aku pun bukak site Air Asia dan tgk ape promosi yg ada masa tu. Sayugia setelah mencari², ternampak lah satu tawaran yg menarik untuk ke Pulau Pinang. Aku pun telefon kawan aku kat Pulau Pinang, tanya dia ada tak di sana pada 17 March. Bila dia kata yg dia ada kat sana, aku pun terus tempah tiket ke Pulau Pinang. Wuhuu.. aku nak bercuti!!
Tak sampai 5 minit lepas tu, aku dpt satu email dari kawan aku. Dia nak ingatkan aku agar dtg ke kenduri kawinnya pada 17 march ini! Alamak, macam mana nie? Satu ke utara, satu lagi ke selatan Malaysia. Jauh pulak tu. Nak pegi dua², sempat ke? Kalau sempat pun, mesti penat ni.
Aku pun telefon kawan aku yg di selatan tu, bertanyakan tentang majlisnya itu. Aku diberitahu yg majlis sebelah lelaki akan diadakan pada keesokan hari nya, dan aku juga djemput. Dalam kepala aku dah ligat fikir cara nak pergi ke utara dan selatan. Aku pun buat keputusan utk terbang ke utara pada 17 March dan hadir ke majlis belah lelaki pada 18 March. Tapi boleh kah?
Aku pun susun perancangan, tengok semua jadual keretapi, bas dan kapal terbang. Buat susun atur perjalanan dengan kos yang paling murah. Akhirnya, pelan pengembaraan epik pun telah siap. Aku akan mengembara melihat dunia!
******
Jam 4:30am, 17 March 2007 - Bandar Puteri, Puchong.
Aku mula bangun. Aku tidur di rumah adik aku, sebab nak paksa dia hantar aku ke LCCT. Dalam kesejukan pagi, aku mandi dan bersiap. Dari tingkap, aku lihat setiap rumah masih kegelapan. Semua masih tidur lena. Ayam pun masih berdengkur. Hampir pukul 5 am, kami sudah bergerak laju meredah kota menuju LCCT.
Jam 5:55am, 17 March 2007 - LCCT
Kelibat beribu manusia memenuhi ruang LCCT. Aku ingat lapangan ini akan kosong. tapi, seawal 3 pagi, sudah berduyun manusia bertanggak di sini. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Tidak tahu apa yang perlu di buat.
Aku terlihat kelibat Ambo di celah kelibat umat. Mengendeng anak sambil menarik beg. Terus aku tegur bertanya khabar. Rupanya dia nak pulang ke kampung bersama keluarganya. Kami terus mengambil tiket di kaunter, penerbangannya cuma beberapa minit selepas aku.
Jam 6:45am, 17 March 2007 - LCCT
Gadis merah memanggil kami, masing² beratur dengan pas masuk di tangan. Semua tidak sabar untuk terbang menuju destinasi.
Jam 6:55am, 17 March 2007 - A330
Airbus mula terbang, meredah awan. Indah sungguh pemandangan waktu pagi. Awan bersinar bak emas dipanah mentari pagi. Rugi sungguh kerana tiada kamera untuk merakam keindahan alam.
Jam 7:45am, 17 March 2007 - Lapangan Terbang Antarabangsa, Bayan Lepas.
Tepat mengikut jadual, aku dah menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Kawan ku agak lambat sedikit. Lewat 20 minit. namun tidak apa, asal ada yg datang menjemput sudah bagus.
Jam 8:30am, 17 March 2007 - Bayan Lepas
Kami pergi minum pagi. Kedai Mamak apa ntah namanya. Aku order Roti VIP, kawan aku order Roti Vanilla Ais Krim Pancake (psst Bajang, betulkan aku kalo aku silap). Gila aa nama dia.
Jam 9:30am, 17 March 2007 - Queensbay
Perut dah kenyang, tapi hasrat hati nak makan Char Kueh Tiow Penang tak kesampaian. Nak kena dtg dan duduk satu hari baru ok. Jadi sementara nak tunggu bas aku, kitorang pi ke Jusco Queensbay. Jusco ini adalah yg terbesar di Pulau Pinang (kawan aku la kata). Tapi nak dijadikan cerita, sbb kitorang dtg awal pagi, kedai semua tak bukak lagi. Lif pun tak jln. Pagi² lagik aku kene naik turun tangga 4 tingkat sbb kawan aku parking kereta kat tingkat atas sekali.
Jam 10:00am, 17 March 2007 - Terminal bas, Bayan Lepas
Kitorang gerak ke terminal bas lepas pusing Jusco. Jaraknya 5 minit jek. Sebelah tapak pesta. Tapi mcm tadi gak, sbb pagi lagi, tapak pesta tu pun tutup lagi.
Jam 10:30am, 17 March 2007 - Bas Transnasional
Tepat jam 10:30am, bas bergerak. Aku sempat la tgk pemandangan Pulau Pinang buat kali terakhir. Jambatan Pulau Pinang melambai aku sebelum aku terlelap menuju KL.
Jam 12:40pm, 17 March 2007 - Perhentian Simpang Pulai
Bas aku berhenti rehat sebentar. Aku pun turun & beli jagung manis buat bekal makan tengah hari. Bila bas jalan semula, aku pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, pandang belakang, semua tgh makan jagung manis. Makanan tengah hari kitorang. Lepas makan, aku terus tutup mata sbb perjalanan masih jauh.
Jam 3:30pm, 17 March 2007 - Perhentian Duta
Bas masuk Perhentian Duta sebelum meneruskan perjalanan ke Perhentian Puduraya.
Jam 4:00pm, 17 March 2007 - Perhentian Puduraya
Tepat jam 4pm, aku dah sampai. Mmg cekap betul pemandu bas aku. Tak pasti pula berapa laju yg dia bawa. Tapi mmg menepati waktu betul la.
Jam 3:30pm, 17 March 2007 - McD, Jln Cheng Lock (dpn Kotaraya)
Aku makan tgh hari (atau minum petang?). Tengok kelibat manusia sambil makan Ayam Goreng McD.
Jam 5:30pm, 17 March 2007 - Perhentian Puduraya
Bas jam 6 ke Batu Pahat belum tiba. Jadi aku kene tunggu lagi ni. Pusing dulu la Puduraya ni. Tgk ape barang yg menarik.
Jam 6:00pm, 17 March 2007 - Perhentian Puduraya
Bas dah tiba. Dlm masa 5 minit, aku dah bergerak ke selatan. Bagus, semuanya lancar. Tapi bateri telefon aku dan nak abis. Tinggal 1 bar je lagi. Charger tak bawak. Nahas nie. Aku simpan telefon dan tutup mata.
Jam 9:00pm, 17 March 2007 - Exit Pagoh
Bas keluar dari lebuhraya dan masuk ke jalan lama. Tapi rasenye kelajuan di lebuhraya masih dikekalkan. Cilok kiri, Cilok kanan. Semua kereta kene potong. Aku tutup mata sambung tido. Tak sanggup tgk jalan.
Jam 9:30pm, 17 March 2007 - Stesen Bas, Batu Pahat
30 minit sebelum waktu yg dijangka, aku dah sampai Batu Pahat. Gila cekap la pemandu bas nie. Aku telefon Hafiz susuh ambil aku di sini. Aku tunggu di Restoran Zam Zam depan Tabung Haji.
Jam 10:00pm, 17 March 2007 - Restoran Zam Zam, Batu Pahat
Mula minum air tin. Lepas tu makan Roti Canai. Dah abis makan pun Hafiz tak sampai lagi. Hai, ini lah akibatnya suruh org KL dtg ambik. Mana dia tau jln. Aku tak berani nak call dia lagi sbb telefon dah nyawa² ikan.
Jam 10:30pm, 17 March 2007 - Restoran Zam Zam, Batu Pahat
Akhirnya telefon aku berbunyi, Hafiz dah sampai. Aku pun cepat² bayar bil dan naik kereta mereka. Anak Hafiz, Daniea dah tertidur kelaparan sbb sesat di Bandar Batu Pahat. Rupa²nya ada 2 Tabung Haji di Batu Pahat. Jalan satu hala menyusahkan lagi org KL nak cari jalan. Tapi takpa, semua dah selamat. Kitorang sempat bungkus makanan dlm perjalanan ke rumah tumpangan dan makan sebelum tido.
Jam 11:30pm, 17 March 2007 - Tmn Universiti
Semua tidur sebab penat. ZZZzzzZZZzzzzzZZZZZzzzzzzz……
Jam 9:30am, 18 March 2007 - Tmn Universiti
Makan pagi dengan roti canai dan nasi lemak. Main² dengan Daniea sampai jam 2 ptg. Majlis bersandingnya mula lewat. Jadi kami dtg lewat juga lah sebab nak jumpa pengantin.
Jam 2:30pm, 18 March 2007 - Rumah Pengantin Lelaki
Kitorang sampai sama dengan pengantin. Lepas makan dan bertegur sapa dgn pengantin,kami pun minta diri untuk pulang. Kami terus memandu dan berhenti sebentar di Perhentian Rehat Seremban sebelum terus ke KL.
Jam 7:00pm, 18 March 2007 - Bandar Puteri, Puchong
Kami sampai ke Puchong. Aku nak ambil kereta aku dari adik aku. Hafiz & Eny terus pulang ke rumah. Aku menyusul selepas itu.
******
Pergghh.. Penat betul nak tulis. Takpe la, pengembaraan 2 hari aku mmg memuaskan hati. Tak penat langsung sebab sepanjang perjalanan aku tidur (kecuali masa balik KL dari BP). Time well spend (ye ke?) at minimal cost. Lain kali nak kena buat lagi.
p/s: Esok aku buat pengembaraan epik lagi. Dari hari Ahad hingga Selasa. Tunggu…
1 day in Penang? What could u do there? Baik tunggu kat kl ;p Sun to Tues, keluar ngan awek baru you ke? With ur future inlawsssss…?lol
afza kata: itu yg dikatakan pengembaraan epik.
duhh!!
tetiba terasa bersyukur ada duit dan cukup sifat semua utk berjalan2 melihat dunia..
ALHAMDULILLAH…!!!
p/s: apza mesti bengang nih ahaha.. tetiba je masuk intro keinsapan
afza kata: Alhamdulillah….
soalan aku : siapa yg kawin kat batu pahat tu?
afza kata: Tipah yg kawin…
bagus, aku pun ada perangai cam ko, dpt tiket air asia, sambar dulu, pastu baru plan kalu kena naik bas ke, hape ke,,,travel satu/dua hari duration, syiook aa sementara bujang nih
afza kata: aku set kan selang 2 bln aku nak pi short trip dlm malaysia.
ko nye statement ‘Hai, ini lah akibatnya suruh org KL dtg ambik’. amboi banyak cantiikk.. kalau bukan hafiz yg ambik ko kat sana.. sape lagi yg ko nak harapkann :p
afza kata: ko baca dgn nada yg salah.
Bila nak sampai Mount Doom? Baru la epik…
afza kata: Mount Doom duk kat tgh trip list.
apa lak salah baca.. betul la :p by the way.. ko punya smiley : p ni kurang frendly la.. nampak cam tgh marah je :p
afza kata: patutnya ko baca dgn nada marah-diri-sendri. bukan nada marah-org.
Weh.. aku ingat hang main main gi breakfast kat penang..rupanya betul..poyo aaa
afza kata: skali skala nak buat bende lain.
memang betul pun nama breakfast yg ko ngan aku makan kat kedai khaleel nasik kandar tu…psl takde aktiviti menarik tu, takpe…jadikan pengajaran…lain kali kena sampai petang sikit…baru la bole makan char koay teow he..hee…
afza kata: bukan tak menarik, cuma kurang aktiviti menarik. breakfast kat penang tu mmg menarik.