Home > Peribadi > cepat cepat!

cepat cepat!

February 13th, 2007

Hari nie aku ade seminar yang nak kene pegi. Dlm notis tu, kena daftar kul 8:30am, dan 8:40am CIO nak bagi ucapan. Jadi aku pun kuar la umah cam biasa. Rase²nye bleh sampai cam biasa. Tapi kadang² tak bole percaya gak. Jln yg aku lalu nie gila sikit.

Aku tgk traffic kat umah aku ok. Jln kosong. ‘Cantik la.‘ Senang hati aku. Heran gak, slalunya takde la kosong sgt. ‘Skolah dah cuti ke? Rasenye bulan 3 karang baru cuti. Takpe la. Harapnya tetiap ari cam nie. Senang sket aku.‘ Kat tol pon tak teruk. Masih dlm time limit. Cuma tensen ngan satu Avanza yg pk dia jek yg nak laju. Padahal dia yg potong line.

Tapi lepas je tol, kereta tak bergerak dgn kelajuan jem yg biasa. Kali ini lebih perlahan dari biasa. Kaki aku dah mula letih. Rase nak jln kaki jek sbb lagi laju. Nampaknya, kalau bernasib baik, boleh kot sampai sebelum kul 9:00am.

Masa nie la baru rase cam nak beli kete auto. Senang sket kaki nie. Takde le lenguh tekan clutch. Nasib baik ade Rudy & JJ serta Fara & Faizal. Terhibur gak la sementara bersesak nak pegi keje sambil tgk org dlm kete sebelah yg tgh korek hidung.


Sikit punya sikit, akhirnya aku sampai opis. Kalau ikut jadual, CIO dah mula bagi ucapan nie. Nasib baik banyak lagi tpt parking yg kosong. Takde la jenuh aku nak cari parking cam semalam.

Aku pun bergegas masuk opis aku di tkt 2. Naik tangga jek sbb sihat sket. Bile lagik nak kuruskan badan, ye tak? Seminar tu kat tkt 4. Jadi lepas letak beg, aku pun panjat tangga lagi, untuk kesihatan la katakan. Kalo aku dah kurus balik, jgn korang terkejut. (aminnn….)

Bila sampai je kat tkt 4, aku pun terus pi ke bilik teater. Tgk kat luar takde org. Acara dah start kot. Mesti CIO dah berucap. Aku pun buka pintu pelan². Takmo org perasan. Tak seronok la kaco majlis yg dah mula. Salah di sisi adab dan tatasusila.

Aku buka pintu sikit, intai ke dalam. Tgk semua gelap. ‘Ish, takkan cakap dlm gelap kot. Tak pun tgh buat slideshow kot.‘ Tapi bile aku perati betul², baru aku perasan yg bilik teater tu mmg kosong. Takde org rupenye. Heran aku. Aku dah salah tempat agaknya.

Aku pun cepat² turun bawah balik (turun tangga nie). Buka balik pc dan tgk email. ‘Ceh, ari khamis rupanya!‘ Camna la akuboleh silap tgk tarikh. Terawal 2 hari la pulak. Penat jek aku bergegas naik tangga, turun tangga. Harap²nya otot kaki dah kuat dari dulu la. ;)

afza Peribadi

  1. anonymous
    February 13th, 2007 at 12:30 | #1

    :-)

  2. February 13th, 2007 at 14:57 | #2

    hehheheh… bagus tuh… excercise utk sihat.. :D

    afza kata: :p

  3. nurminah
    February 15th, 2007 at 08:50 | #3

    afza…tu salah satu tanda yg ko dah semakin tua..hehe

    afza kata: ape plak, aku baru jek sambut b’day yg ke-15.

  4. adun
    February 16th, 2007 at 18:58 | #4

    16 la afza :((

  5. anonymous
    February 21st, 2007 at 11:21 | #5

    Bukan ko baru dilahirkan semalam ke apza?

    afza kata: aku mmg sentiasa muda. :D

Comments are closed.