Archive

Archive for January, 2007

woops

January 24th, 2007

Semalam aku pi kursus kat kawasan KLCC. Tajuk kursus tu “Customer Service Management”. Nampaknya org HR tak puas hati ngan tahap kemesraan aku ngan pelanggan, sbb tu aku kene pergi kursus ni. Diorang nak aku lebih mesra tahap dewa yg kalau ada pelanggan dtg, semua boleh tangkap lentok sama aku.

Ok perenggan kat atas tu bukan cerita utamanya. Benda yg akunak ceritanya pasal satu kejadian masa aku tengah kursus tu. Ceritanya mcm nie.

Read more…

afza Peribadi

hari ini dalam sejarah

January 14th, 2007

Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi aku,
Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Kene pegi kelas & buat kerja
Selamat hari jadi…

Hari nie aku sambut hari jadi aku. Tapi aku sambut dgn pergi kelas. Ada presentation hari ini. Tak tido jugak la dibuatnya semalam. Dan pagi tadi presentation berjalan lancar. Lecturer puas hati. Audience puas hati. Aku pun puas hati. Mungkin berkat hari jadi.

Lepas tu kene siapkan kerja pulak. Macam biasa la. Kerja aku nie boleh buat time ujung minggu jek. Tapi nasib baik semuanya berjalan lancar. Sekejap jek dah abis. Tak ada masalah yg timbul. Mungkin berkat hari jadi.

Sebab tu aku gembira walau tak sambut hari jadi kali nie. Tak kisah la nak sambut ke idak. Janji senang hati. Its so sweet to be sweet sixteen!!

Update:

Sabtu mlm ahad tu bebudak skolah aku buat acara tahunan ‘Pot Luck Party’ kat Sport Barn, PJ. Sempat gak la aku menyelit lepas abis kelas. Masa aku sampai tu, ramai yg dah mula main futsal. Ade dekat 2 dozen kepala semuanya. Peh tu ade yg bawak isteri, awek dan anak. Jadi semuanya ade la dekat 50 org. Muka² yg jarang join aktiviti pun ade gak yg dtg. Muka² yg kuat makan pun ramai dtg. Yg pastinya, parking kereta kat Sport Barn tu mmg penuh mlm tu. Sampai ade yg kena parking kat tepi jln.

Kat atas meja penuh dgn makanan. Ade 3 meja semuanya. Antara makanan utama adalah satey, kfc dan pizza. Peh tu ade bihun, kuih-muih, kek dll. Rambang mata dibuatnya. Penganjur awal² lagi pesan pada yg nak bawak makanan supaya bawak hanya utk 5 org shj setiap seorang. Tapi masing² rasa macam amat bermurah hati nak bawak lagi banyak.

Aku tak stay lama. Sbb esok paginya ada presentation. Jadi kene balik dan siapkan. Tido pun nak kena cukup gak. Takde la nanti tertido time kat depan kelas.

afza Peribadi

aduh cuti

January 1st, 2007

31 Disember 2006 - Cuti Hari Raya Haji
1 Januari 2007 - Cuti Tahun Baru
2 Januari 2007 - Cuti ganti Hari Raya Haji

Banyaknya cuti.
Banyak kedai yang tutup.
Banyak pejabat yang tutup.
Ada juga kedai yang buka.
Ada juga pejabat yang buka.

Supermarket penuh dengan org. Bagus, boleh beli barang dapur.
Kedai runcit pun buka. Bagus, boleh beli barang keperluan.
Kedai kopi pun buka. Bagus juga, boleh minum kopi kalau penat jalan-jalan.

Tapi kenapa klinik gigi tak bukak??!! Aku sakit gigi nie!!

malam raya aku sakit gigi. nak tido pun tak bole. adoi la.. lambatnye nak bukak klinik!

afza Peribadi