banyaknya

November 25th, 2006 | by afza |

Banyak benda yg aku nak ceritakan. Tapi tak tertulis pula kat blog ni. Banyak juga posting yg aku tulis separuh jalan. Tak sempat dihabiskan. Bila dah dekat hujung tahun ni, banyak betul kerja yg nak disiapkan. Jadi aktiviti yg kurang penting terpaksa ditangguhkan dahulu.

Rasanya baik aku buat ringkasan aje. Senang sikit. Tak perlu perah otak nak tulis panjang-panjang. Lagi pun, kalau tulis panjang-panjang, takut korang penat pulak nak baca posting yg berjela-jela. Jadi berikut aku senaraikan benda yg terjadi dan akan terjadi..

Sibuk

Semenjak dua menjak ni aku amat lah sibuk. Tak cukup tangan dibuatnya. Kalau dulu, dalam sehari aku bekerja, sempat la nak browse internet sambil buat keje. Tapi sekarang ni, nak baca blog pun tak sempat. Apatah lagi nak perah otak utk tulis blog. Selalunya aku keluar opis dlm kul 7 @ 8 mlm. Singgah sekejap kat mcD kat tgh jalan dan tapau bawak balik rumah. Lepas makan je, terus tido. Tak sempat nak tgk tv pun.

Cuti

Cuti aku banyak lagi. Tak sempat nak bercuti maa. Dedikasi la katakan. Tapi masalahnya, cuma separuh cuti tahun nie je yg boleh bawa ke tahun depan. Yg selebihnya akan dimansuhkan tanpa ganti rugi. Rugi pulak rasanya. Jadi, aku pun dgn bangganya ambil cuti-cuti aku setiap hari isnin sampai tahun baru. Maknanya tiada lagi monday blues utk aku sampai hujung tahun. Tu pun ade lagi 2 hari cuti yg aku kena selitkan. Kalau tak, burn camtu jek. Payah gak bila ada banyak cuti ni. hish..

Eksiden

Dua minggu lepas, sorang kawan aku ni dtg dari Johor sebab ada meeting kat KL. Aku ngan 4-5 org lagi member pun beramai-ramai pi makan tgh hari kat luar. Kononnya nak meraikan kedatangan dia la.

Tapi ada sorang lagi member ni, tak datang sekali. Silap kitorang gak la sbb tak telefon dia awal-awal. Nasi kat pinggan dah tinggal separuh baru teringat nak ajak dia. 20 minit lepas telefon tu, dia masih tak sampai gak. Heran gak la sbb dari opis nak pi ke kedai tu tak sampai pun 10 minit perjalanan.

Lepas 15 minit masa tambahan lagi, kitorang pun telefon dia. Kitorang tanya dia kat mana. Dia jawab, “Saya kat hospital ni. Saya eksiden.” Yang lawak tu, mamat ni siap kena marah ngan kitorang sbb tak bagi tau yg dia dah eksiden. Tapi nak buat camna, telefon dia mmg tak leh call out. Dah kena Barred.

Jadi kitorang pun trus pi hospital nak tgk dia. Jumpa dia duk atas kerusi roda tgh register kat kaunter. Korek punya korek, rupa-rupanya dia kene langgar dgn kereta. Kereta tu kereta polis! Habis mamat tu kena ketawa ngan kitorang yg tak berhati perut ni. Ada ke patut kena langgar ngan kereta polis. Tapi nasib baik la tak teruk. ‘Tuan’ tu tgh nak keluar simpang, trus langgar mamat ni. Tak pakai spek kot ‘Tuan’ ni. Tu yg tak nampak ada moto tgh lalu. Jadi ‘Tuan’ nie suruh la sorang konstable panggil ambulan dan hantar moto kawan aku ni ke hospital.

Sekarang ni dah seminggu lebih aku tak jumpa kawan aku ni. Tak tau la dah ok ke idak dia tu. Rasenye dah ok kot sbb sehari lepas tu, aku dgr dia dah boleh pi makan kenduri kawin. :D

Pindah

Pagi tadi aku ada meeting dgn ketua bahagian aku. Dia kata kitorang akan pindah pejabat. Mmg dah lama gak la dgr cerita pasal pindah-pindah ni. Tapi pagi tadi dia kata, “Kamu semua boleh pindah hujung minggu depan.” Nampaknya aku dah tak boleh keluar makan tgh hari dgn kengkawan seopis lagi la. Kena cari kawan seper’makan’an baru la nampaknya. Nasib baik kat lokasi baru tu dah ade 2-3 member yg kenal. Kalo tak, mesti kene makan tgh hari sengsorang.

Belajar

Aku dah siapkan separuh dari program MBA aku. Kalau semua ok, dlm bulan 6 atau 7, aku dah boleh complete semua modul. Tak sabar btol nak habiskan kelas aku ni. Sepanjang aku sambung belajar ni, rasa macam takde life je. Isnin hingga Jumaat pergi kerja. Hujung minggu pula masuk kelas atau bekerja (Ya, hujung minggu pun aku kerja!). Penat sungguh. Selalunya, aku tido je bila aku ada kat rumah. Tak sempat pun nak pi keluar jalan-jalan. Wayang pun dah lama aku tak tgk. Hujung tahun depan, aku mesti pi bercuti lelama sket. Tapi nak pi mana yek? Bagi la idea sket. ;)

  1. One Response to “banyaknya”

  2. By lenny on Nov 27, 2006 | Reply

    la.. apza.. ko dah nak pindah erk?
    waa.. tak bley la makan sama dah erk? huhuhuh

    afza kata: so, baik ko blanja aku mkn sementara sempat ni.

Sorry, comments for this entry are closed at this time.