bucket atau bakul?
September 25th, 2006 | by afza |Tgh aku duk dgr lecturer bercerita kat depan masa kelas Sabtu lepas, tiba-tiba terasa macam mengidam nak makan KFC pulak. Lepas tu terpandang iklan KFC kat paper atas meja. Adoi la. Terganggu-gugat dibuatnya. Tak bole nak concentrate kat apa yg lecturer tu cakap. Asyik nampak ayam jek.
Lepas kelas abis dlm kul 7pm, aku pun siap la nak maghrib. Sementara tunggu masuk waktu, aku pun bukak balik paper. Baca apa yg patut. Iklan KFC kembali terpampang depan mata. ‘Tak bole jadi nie. Mmg nak kena makan gak nie. Esok dah la nak pose. nanti kempunan plak takleh makan.’
Masa on the way pi rumah kakak aku (tido kat situ sbb dekat nak pi kelas esok paginya), aku singgah la ke KFC Wangsa Maju (Yg sebelah Carefour tu). Tgk ade ramai bapak org dan mak org bawak anak² dia org pi makan kat situ. (Yg bapak org bawak anak org pun ade gak dua tiga meja.) Jenuh gak nak cari parking. Lepas pusing dua tiga kali, baru dapat parking kereta aku.
Oleh kerana kat umah kakak aku ade ramai org, aku pun pilih nak beli Variety Bucket. Kalau dlm iklan radio, ‘Pakar Motivasi’ tu kata Variety Bucket nie dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aku pun order la sbb teruja nak tgk kesannya.
Masa order aku tgh disiapkan, aku pun sempat la tgk kiri kanan. Tgk bapak org yg tgh makan dgn anak org. Tgk staff berkerja keras amik tempahan dan siapkan makanan. Tak sampai seminit, Variety Bucket aku dah siap.
Aku pun terus nak bayar duit, tapi cashier tu kata, “Sekejap bang”. Dia amik satu cawan dan isi air Pepsi. ‘Eh, aku tak order pun air.‘ Baru aku pun nak tegur, dia hulur air Pepsi sambil kata “Chicken Finger tgh masak. Abg tunggu dulu ya. Sebentar lagi saya hantar.” Rupa²nya order aku tak complete lagi. Aku pun dgn penuh rase gembira, amik air free tu. ‘Org memberi, kita merasa. Ko bagi Pepsi, aku terima aja.’ Kalau macam nie punya servis, aku tak kisah kena tunggu lama. pelanggan mesti tak merungut. Yg confirm, aku mmg puas hati walaupun terpaksa tunggu dekat 10 minit.
Anyway, by the time aku sampai rumah kakak aku, adik aku terus menjerit sbb syok ade KFC. Nampaknya apa yg ‘Pakar Motivasi’ tu cakap betul la. Variety Bucket mmg dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan.
p/s: Selamat berpuasa untuk semua!
p/s2: Ini bukan iklan…
powered by performancing firefox

7 Responses to “bucket atau bakul?”
By za1nee on Sep 25, 2006 | Reply
kalau ko nak dpt air free kan, ko order cheesy meltz take away, mesti dapat air punyaaa… aku selalu dapat… hahaha
tp aku order tu sbb aku suka cheesy meltz tu ye.. bukan sebab nak air free :p
afza kata: btoi ke? kalau aku try tapi tak dpt camna? ko nak compensate balik ke kerugian aku (air satu) tu?
By niniez on Sep 26, 2006 | Reply
Waa.. naper la baru hari nih ko ckp pasal KFC..? dah la ader iklan pasal extra spicy KFC tu.. isk isk..
hehe cuba ko gi beli KFC tu time puasa.. agak2 dia kasik air tak? hehe
afza kata: kalo dia kasi masa bulan pose, aku amik jek. org memberi kita merasa. tak baik tau tolak rezeki.
By anonymous on Sep 26, 2006 | Reply
sib baik hari sabtu, kalau ahad, mesti ko tak pose….
afza kata: kalo tak sengaja tak batal
By lenny on Sep 26, 2006 | Reply
tuhla kan ninie… dah jadik teringin nieh..
cehs tulla apza…:D
afza kata: lalala…
By za1nee on Sep 26, 2006 | Reply
alah boleh je mintak.. aku penah tengok orang mintak.. dapat je
afza kata: selambak jek mintak? tak pe la. aku tak suka mintak bende yg aku tak patut dpt.
By adun on Sep 27, 2006 | Reply
ada ke mende free camtu zaini? kalu ada nanti aku try mintak aa
By lenny on Sep 28, 2006 | Reply
aku nak buka poser kat KFC la arini.. jom pegi sama2 jommm…!!