Archive

Archive for September, 2006

cite pose

September 28th, 2006

Ape yg menarik pose kali nie? Kawan aku ramai yg berpose dgn suasana yg berbeza. Dulu masa berbuka mkn berdua, skarang bertiga. Aku thn nie pun lain gak. Sbb dulu berdua, bertiga dan berlima. Sekarang mkn sorang je kat umah. Mkn nasi bungkus depan tv dgn gelas air kat seblah. Sahur pun ala kadar jek. Tapi ada masalah sket la. Aku tak suka nak mkn sahur kalo makanan tu sejuk. Jadi aku maleh la nak beli makanan tu siap² sbb nanti bila nak sahur dah sejuk.

Masa hari puasa yg kedua tu, aku ingat nak masak burger utk sahur. Mudah dan pantas. Bahan pun semua dah ada. Tinggal nak masak sket jek. Jadi aku pun set jam kul 5 pagi. Ala, masak burger je pun. Bakpe nak bangun awai².

Jadi kul 5 pagi tu alarm pun bunyi. Dgn malasnya aku pun bangun dan pi jenguk peti ais. Aiseh, daging burger keras sgt la. Payah btoi nak asingkan satu keping daging dari yg lain. Aku pun taruk tepi dan siapkan bahan yg lain dulu. Bakar roti dulu, lepas tu buat scramble egg. Masak sosej sikit, sambil buat salad. Lepas tu baru masak daging burger.

Bila dah siap, aromanya mmg mengiurkan. Nikmat sungguh dpt makan bende yg panas masa sahur. Dgn penuh keasyikan, aku menjamah masterpiece yg aku baru siapkan tu. Pergghh, mmg nikmat. Perfetto! Betul lah org kata, masakan sendiri lebih puas dimakan. Roti yg masih panas² dan salad yg segar berserta telur yg lembut² lembik mmg cukup memuaskan.

Aku mmg kenyang sahur kali ini. Masa nak suap cebisan terakhir burger aku tu, sayup² terdengar ‘Allahu Akbar Allahu Akbar!

powered by performancing firefox

afza Makan ,

bucket atau bakul?

September 25th, 2006

Tgh aku duk dgr lecturer bercerita kat depan masa kelas Sabtu lepas, tiba-tiba terasa macam mengidam nak makan KFC pulak. Lepas tu terpandang iklan KFC kat paper atas meja. Adoi la. Terganggu-gugat dibuatnya. Tak bole nak concentrate kat apa yg lecturer tu cakap. Asyik nampak ayam jek.

Lepas kelas abis dlm kul 7pm, aku pun siap la nak maghrib. Sementara tunggu masuk waktu, aku pun bukak balik paper. Baca apa yg patut. Iklan KFC kembali terpampang depan mata. ‘Tak bole jadi nie. Mmg nak kena makan gak nie. Esok dah la nak pose. nanti kempunan plak takleh makan.’

Masa on the way pi rumah kakak aku (tido kat situ sbb dekat nak pi kelas esok paginya), aku singgah la ke KFC Wangsa Maju (Yg sebelah Carefour tu). Tgk ade ramai bapak org dan mak org bawak anak² dia org pi makan kat situ. (Yg bapak org bawak anak org pun ade gak dua tiga meja.) Jenuh gak nak cari parking. Lepas pusing dua tiga kali, baru dapat parking kereta aku.

Oleh kerana kat umah kakak aku ade ramai org, aku pun pilih nak beli Variety Bucket. Kalau dlm iklan radio, ‘Pakar Motivasi’ tu kata Variety Bucket nie dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aku pun order la sbb teruja nak tgk kesannya.

Masa order aku tgh disiapkan, aku pun sempat la tgk kiri kanan. Tgk bapak org yg tgh makan dgn anak org. Tgk staff berkerja keras amik tempahan dan siapkan makanan. Tak sampai seminit, Variety Bucket aku dah siap.

Aku pun terus nak bayar duit, tapi cashier tu kata, “Sekejap bang”. Dia amik satu cawan dan isi air Pepsi. ‘Eh, aku tak order pun air.‘ Baru aku pun nak tegur, dia hulur air Pepsi sambil kata “Chicken Finger tgh masak. Abg tunggu dulu ya. Sebentar lagi saya hantar.” Rupa²nya order aku tak complete lagi. Aku pun dgn penuh rase gembira, amik air free tu. ‘Org memberi, kita merasa. Ko bagi Pepsi, aku terima aja.’ Kalau macam nie punya servis, aku tak kisah kena tunggu lama. pelanggan mesti tak merungut. Yg confirm, aku mmg puas hati walaupun terpaksa tunggu dekat 10 minit.

Anyway, by the time aku sampai rumah kakak aku, adik aku terus menjerit sbb syok ade KFC. Nampaknya apa yg ‘Pakar Motivasi’ tu cakap betul la. Variety Bucket mmg dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan.

p/s: Selamat berpuasa untuk semua!
p/s2: Ini bukan iklan…

powered by performancing firefox

afza Makan ,

makan makan

September 21st, 2006

Hari nie aku mmg akan kenyang punya. Dpt makan free pulak tu. Bagus btoi opis aku nie. Bersempena nak masuk Ramadhan, opis aku buat la makan² sikit mengenangkan yg minggu depan dah tak boleh makan tgh hari lagi dah.

Jadi bila diorang umumkan nak buat makan², aku pun dgn suka cita dan rela hati tak bersarapan hari ini. Menunggu waktu menjamu selera mmg menyiksakan. Perut dah berbunyi minta diisi, tapi majlis blom mula. Kerja pula tak banyak pagi ini. jadi kepala ni asyik terfikir ttg makanan yg baru dihantar sebentar tadi. Baunya sedap!

Tepat jam 10, semua org dah siap berkumpul. Tapi majlis tak boleh start lagi. Tuan pembaca doa masih tgh bermesyuarat lagi. Aiseh, semua duk melangut tepi makanan. Ada yg dah cuit² bekas makanan. Ada yg dah tolong bukakan bekas makanan. Ada yg buat² susun bekas makanan. Tapi, tuan pembaca doa masih tgh bermesyuarat lagi.

Lepas semua resah menunggu 10 minit di hadapan makanan, masing² dah tak boleh lawan dugaan lagi. Laksa Johor dan Nasi Kerabu dah terhidang depan mata. Mencuit² rongga hidung dengan bau yg semerbak. Kuih samosa, seri muka, kek batik dan sebagainya amat menarik terhidang di atas meja. Tapi, tuan pembaca doa masih tgh bermesyuarat lagi.

Last-last semua pakat baca doa sendiri dan “jom makan dulu!

powered by performancing firefox

afza Makan ,

senyap

September 13th, 2006

Dah lama aku tak menulis kat blog nie. (9 hari tu dah kira lama ke?) Nampak sgt ketagih blogging nie masih kuat. Baru 9 hari pun dah rase lama sgt. Tapi rasenye ketagihan aku nie bukan tahap kronik lagi la. Ade org tu kalau bole tetiap ari nak tulis. Banyak sangat idea nak dipertontonkan.

Ape pun aku nak kata yg aku nie adalah salah seorang pesalah undang-undang dan antara penyumbang dlm statistik dan perangkaan pihak polis. Aku telah dikategorikan sebagai Pemandu Merbahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada masyarakat umum.

photo0331.jpg

afza Peribadi

selamat tinggal Crocodile Hunter

September 4th, 2006

Aku pasti korang semua pernah tgk dokumentari Croc File / Crocodile Hunter. Itu antara dokumentari yg aku suke tgk kat channel Animal Planet / Discovery. Hari ini, Steve Irwin, pengacara rancangan tersebut yg lebih dikenali sebagai Crocodile Hunter dah meninggal.

crikeysteve.jpg

Mengikut laporan yg aku baca, dia meninggal ketika tgh buat pengambaran di Batt Reef, Australia. Dia terkena duri ikan pari yg tertusuk di dada dia. Kalau nak baca berita pasal kejadian ni, boleh pi ke sini.

afza Peribadi