Archive

Archive for August, 2006

menjelang merdeka

August 30th, 2006

merdeka01.jpg
Kuala Lumpur di ambang 31 Ogos 2006 (8:29 mlm)

Mlm nie aku balik lambat. Menemani 2 org gadis sunti buat keje (akibat dari penangan sahabat). Memula diorang janji keje siap kul 8 mlm. Peh tu tukar jadi 8:30 mlm, 9:30 mlm dan seterusnya lah.

Dah dekat kul 11:15 mlm, diorang umumkan kata nak siap. Aku takde hal la lagi. Tunggu punya tunggu, 11:50 mlm baru la abis keje. Aku pun kata ‘alang-alang tinggal 10 minit nak kul 12, tunggu la jap lagi. Bleh tgk bunga api dari opis.

photo0318.jpg

Diorang pun setuju la (sbbnya aku takmo temankan diorang turun lif). Jadi kitorang pun tunggu la 10 minit lagi.

photo0319.jpg

Dpt la tgk pertunjukan bunga api di sekitar KL. Tapi disebabkan lokasi kitorang jauh, gamba bunga api tak nampak sgt. Aku sempat la gak ambil video, tapi tak berapa impresive sgt la.

photo0322.jpg

Akhirnya sekitar 12:15 pagi, kitorang pun turun la. Aku sampai rumah dlm kul 1:00 pagi. Dgr cerita gadis-gadis sunti sampai lagi lambat sbb jalan jem (aku dah cakap suh lalu jln lain, tapi diorg degil). :s

afza Peribadi

hadiah merdeka

August 30th, 2006
Comments Off

Bersempena merdeka tahun ini, opis aku bagi aku satu hadiah. Aku dpt desktop baru! Woohoooo!

pc001.jpg

Spec:

Dell Optiplex GX520
Intel® Pentium® D Processor 3Ghz
512 Mb RAM
80 Gb Harddisk
Small Form Factor (SF) Chassis

pc002.jpg

Chassis dia mmg kecik. Takde la kecik sgt, tapi kecik la gak.

pc003.jpg

Bila aku compare dgn laptop 14″ aku, desktop aku nie tinggi sket jek.

pc004.jpg

Tapi skang nie still kena bawak laptop dtg opis sbb tak semua software yg diperlukan ada dlm desktop aku nie lagi. Jadi buat masa nie, kalau korang dtg opis aku, nampak la aku dgn kereknya guna laptop & desktop.

pc005.JPG

wohooo ! ;)

afza Peribadi

sahabat

August 18th, 2006

Aku sebenarnya tgh tulis satu posting sekejap tadi, tapi ade acara mkn² la pulak. Jadi aku pun simpan dulu posting tu dan join yg lenlain. Sambil mencedok makanan, masing² pun duk bercerita. Cerita pasal pengalaman AGM aku semalam (khamis mlm jumaat).

Dia balik lewat, dlm pukul 7:45 mlm (aku balik 8:45 mlm lepas tu) dia pun turun dari pejabat. Bila lif sampai kat tkt kitorang (tkt 32), dia pun masuk dan tekan punat G; Lobi pejabat. Masa pintu lif nak tutup, tiba² pintu tu terbuka balik. Tapi takde org yg masuk. Dia tak kisah la, sbb pintu lif tu tertutup balik lepas tu.

Sebaik saja pintu tu tertutup, dia dengar org gelak. Dia pun rase pelik. Tak mungkin bunyi dari intercom lif sbb bunyi gelak tu dari arah atas. Dia pun buat selamba jek. Tak tau la dia ada baca pape ke idak. Sepanjang lif tu turun, dia dengar bunyi org gelak tu.

Tiba² lif tu berhenti kat tkt 4 dan pintu lif terbuka. Sepatutnya lif untuk tingkat kitorang tak berhenti di sepanjang tingkat 17 hingga tingkat 4 (zon ekspres). Bunyi gelak terus hilang dan pintu lif tertutup balik. Kemudian lif pun turun ke lobi seperti biasa.

Aku yg balik 1 jam lepas tu, tak jumpa apa² la. Tapi sejak Isnin lepas, mmg banyak org la (yg balik lewat) yg kata ada macam bau bunga melur sekitar waktu maghrib kat pejabat kitorang. Aku pun ade gak bau, tapi ingat kot² ade org sembur minyak wangi seblum balik (nak pi dinner kot). Jadi aku tak amik stok sangat la.

Antara spekulasi yg dibincangkan:

  • Ada benda yg dtg hari Isnin tu. Tapi disebabkan masa waktu maghrib tu tak ada org yg nak turun, bende tu stay la lagi sampai mlm jumaat. Bila AGM tu nak turun lepas smayang maghrib, bende tu pun tumpang la naik lif. (aku punya teori :P)
  • Benda² tu dah datang balik! Dulu ada banyak cerita masa bangunan ni baru dibuka.
  • “Aku takut! Tak mau dgr la. Jgn la cerita!” (ahahahha)

Sepanjang aku duk pejabat nie, mmg selalu la balik lambat. Paling lambat pun dalam jam 12:30 pagi. Tapi rasenye takde la pengalaman yg menakutkan lagi. Atau mmg ada, cuma aku je yg tak perasan? Kalau nak ikutkan, selalu la dgr bunyi. Tapi rasenye bukan la pelik sgt pun bunyi tu. Bunyi yg aku slalu dgr tu mcm structural sound (eg. Thud! Clank!). Utk bangunan tinggi, dia mmg akan dibina agar boleh melentur (twist and bend) utk mengelakkan bangunan rosak ketika angin kuat atau gegaran.

Jadi apa pendapat korang semua?

afza Peribadi

ape yek?

August 11th, 2006

Dua tiga ari lepas aku ade bende yg nak ditulis kat blog nie. Tapi disebabkan kesibukan yg melanda, baru ari nie aku bleh bukak blog aku. Malangnya, aku dah tak ingat ape yg aku nak tulis tu. Jadi macam mana? Adekah aku perlu tulis kata² kosong utk gantikan posting tu?

afza Peribadi

ahli baru

August 7th, 2006

Update: Nama yg didaftar: Shu’aib B. Shahnun

Ari Sabtu tu baru nie sepatutnya aku tolong kakak aku pindah rumah. Dia baru je beli satu rumah 2 tkt dan sepatutnya nak pindah masuk sebelum dia bersalin. Jadi kitorang adik beradik pun setuju la nak tolong cuci rumah and angkut bebarang ari Sabtu tu.Tapi disebabkan aku keje mlm sebelum tu, subuh aku terlajak. Ntah mcm mana matahari aku terbit kul 1:30 ptg. Heran aku, slalu matahari terbit awal :P (tapi yg lagi heran tu, bila kelip je mata, jam dah jadi 2:30 ptg).

Lepas kemas² umah aku dan basuh baju, aku pun gerak la ke umah baru kakak aku tu (dlm kul 4:30 ptg). Tgk² tingkat atas dah basuh. Tinggal tingkat bawah je yg belum dimop. Aku pun buat² sibuk mcm sapu sampah dll. sbb nak cover dtg lambat.

Lepas abis mop semua, kitorang pun balik le ke rumah sewa kakak aku tu and mandi manda siap utk makan malam. Sambil tu cakap² pasal konsert akhir AF dah bermula. Mmg sah aku tak bole tukar channel lain mlm karang.

Sempat la buat² lawak kat kakak aku ‘kalau nak beranak ari nie macam mana? Nak tunggu konsert abis gak ke?‘.Memandangan suami dia doktor, kitorang pun rilek je la. Dah doktor kata, ‘Kalau irragular cramping takpe la. Interval pun sejam 2 kali je. Lambat lagi kot.

Jadi dlm kul 8:30 mlm, semua dah siap depan tv. Kakak aku nampaknya cam payah nak jalan. Katanya ade sikit cramp skali skala. Abg ipar aku pun terus siap nak pi spital. Dia kata lagi elok masuk spital je terus. Senang sket masa nak bersalin nanti. Tak payah nak terkejar².Elok jek konsert mula, diorang pun gerak pi spital. Kitorang yg lenlain nie lepak kat umah, tgk la AF (masih ade hantu AF yg tinggal kat dpt tv).

Dlm kul 11 mlm, aku ajak yg lain pi spital gak. Seblum tu, ada gak la sms tanya khabar, tapi katanya tak ada pape. Dlm perjalanan tu, bukak la radio Era, dgr penutup AF. Bila Aznil dah umum sape jadi juara, aku pun sms kat mak aku bagitau keputusan AF. Sekali, mak aku balas, ‘Dah nak bersalin‘.

Masa tu mmg dah dekat nak sampai spital pun. Tinggal lagi 5 km. Sampai² je, kitorang terus ke wad bersalin dan tunggu kat luar. Dgr la gak bunyi bising² dlm bilik tu. Tapi tak dgr plak suara kakak aku meneran. Yg dengar cuma suara penonton yg lain, ‘You can do it!‘ ‘Terus, terus, lagi, lagi!‘ ‘Push, push!

Selang 15 minit, tetiba semua org senyap. Dlm hati aku kata, ‘dah bersalin kot‘ dan 2-3 saat lepas tu dgr suara budak menangis. Alhamdulillah, dah bersalin. Bila ada jururawat yg keluar, dia bagitau semua selamat.

Lepas semua dah berehat (semua penat sbb suspen kot), masing² pun galak la bercerita. Rupa²nya akak aku nie jenis high tolerance to pain jugak la. jadi, kalau cramp sikit tu, dia tak bagi tau la. Abg ipar aku nie pulak, tgk cramping tu tak frequent, dia takde la nak rush pi spital. Rupa²nya time nak sampai spital tu, dah dekat sgt nak bersalin pun. Sbb tu kalau pi diagnose dgn doktor, cakap bebetul. Kalau tak, doktor diagnose lain la jadinya.

baru lahir

Ini lah Shu’ib/Syuib (ejaan tak decide lagi). Lahir pada 12:15 pagi, 6 Ogos 2006. Aktiviti pertama selepas dia nangih lepas lahir adalah hisab ibu jari. Mak aku kata, ‘Kuat makan kut nie.‘ Tak kuat menangis, kalau nangis pun dia nangis dengan ’sopan’ (menurut kakak aku la). Berat badan adalah 3.13kg. Rambut dah lebat masa lahir. Kalau kat skolah, sure dah kene panggil ngan pengawas atau guru disiplin sbb rambut dah lebih dari telinga.

Jadi, secara rasminya aku dah jadi ‘pakcik’, tapi pakcik yg hensem. :))

p/s: Rumah baru masih kosong, macam mana nie? Tak sampai hajat mak Shu’ib nak duk umah baru seblum bersalin.

afza Peribadi