Home > Makan > hujung mingguku

hujung mingguku

April 24th, 2006

Amaran! Catatan ini cuba ditulis menggunakan Bahasa Malaysia baku. Jika anda terasa bingung, pening, mual dan sebagainya, sila hubungi pakar jiwa yang berdekatan.

Penat betul hujung minggu lepas. Macam-macam benda yang dibuat. Macam tak bercuti hujung minggu dibuatnya. Ada (1) peperiksaan, ada (2) majlis hari jadi terkejut untuk Lenny dan Malik dan (3) pengstrukturan semula pengkalan data.
Jumaat:

8:00 malam : Sibuk belajar sebab esoknya ada peperiksaan.
2:00 pagi : Baru nak tidur. Itu pun tidak habis baca semua.

Sabtu:

8:30 pagi : Lepas sarapan, terus buka komputer riba dan baca nota Perniagaan Antarabangsa.
11:00 pagi : aku pergi ke rumah kakak ku untuk membakar tugasan ke dalam cekera padat.
2:00 petang : Bergerak ke kolej.
3:05 petang : Baru sampai ke kolej. Ini sudah lewat. Pensyarah telah mengedarkan kertas soalan.
4:04 petang : Masih lagi menggaru-garu kepala yang tak gatal. Baru tulis satu muka penuh di kertas tetapi tangan sudah lenguh.
4:15 petang : Niniez sms, katanya nak serahkan cenderahati. Keluar dari bilik peperiksaan dan jumpa Niniez sebentar.
5:03 petang : Baru dapat tulis 2 muka surat. Orang lain sudah ada 5-6 helai kertas.
6:02 petang : Peperiksaan sudah tamat. Sudah serahkan 3 helai kertas sementara orang lain menghantar paling kurang 10 helai.
6:20 petang : Jumpa Niniez kembali. Sempat rekod ucapan hari jadi (387kb) kepada Malik.
6:35 petang : Bergerak ke Plaza One Utama.
6:50 petang : Sudah tiba di Plaza One Utama. Banyak lagi masa sebelum majlis hari lahir terkejut.
8:15 malam : Bergerak ke Italianies. Penyambut tetamu kata “Saya dah lama tunggu encik, sila ikut saya”. Tengok-tengok, org lain tidak sampai lagi. Sepatutnya ada 15 orang. Pelayan menghidangkan roti bawang putih untuk dicicah dengan minyak zaitun berherba dengan kicap.
8:30 malam : Zai dan Ika sampai bersama Qais. Makan roti lagi.

Zai & Ika
8:45 malam : Mysara dan Tini pula sampai bersama kek coklat pisang. Makan roti lagi. Meja masih kosong (295kb).

Mysara & Tini
8:59 malam : Yang dan Lenny tiba bersama Alya. Semua orang tidak sedar. Jadi kami yang terkejut.

Yang & Lenny
9:05 malam : Laydiefa dan Malik tiba.

Malik & Laydiefa
9:25 malam : Baru pesan makanan. Perut sudah lapar!
9:50 malam : Makanan sudah tiba! Mari kita makan!

Spaghetti MeatBallNyumPotong lasagna
10:15 malam : Kek dibawa keluar dan semua kakitangan Italianies menyanyi sambil bertepuk tangan.

Happy happy

ucapan hari jadi (1954kb)
Italianies (1753kb)

10:45 malam : Baru terasa nak pulang. Lepas beramah mesra sebentar, semua membawa diri.
11:50 pagi : Sampai rumah dan tidur.

Ahad:

8:00 pagi : Sarapan dan terus pergi ke pejabat.
9:00 pagi : Mula bekerja. Larikan kerja untuk pengstrukturan pengalan data. Tunggu. Buka koleksi The O.C. musim kedua dan tonton sementara menunggu larian kerja selesai.
1:30 petang : Keluar makan tengah hari di Kerinchi. Makan berseorangan sahaja.
2:20 petang : Sambung semula melarikan kerja yang seterusnya sambil menonton cerita The O.C.
6:05 petang : Semua kerja sudah selesai. Cerita The O.C masih belum selesai.
6:45 petang : Baru habis cerita The O.C., terus berkemas dan pulang ke rumah.
7:20 petang : Sampai di rumah dan terus mandi.
8:00 malam : Makan malam bersama ibu bapa sambil melihat Berita Utama.
8:30 malam : Buka kembali komputer riba dan sambung semula menontong cerita The O.C.

Isnin:

1:30 pagi: Mata sudah mengantuk dan terus tidur.

afza Makan ,

  1. April 27th, 2006 at 14:54 | #1

    fuyoo.. sungguh baku bahasa anda.. bakar cakera padat.. hehehehe.. cumel sungguh aku rasa.. btw, aku nak mainkan video yang ko rakan nieh.. guna apa?

  2. afza
    April 27th, 2006 at 15:52 | #2

    bole pakai quicktime, realplayer.

  3. May 3rd, 2006 at 14:04 | #3

    aku juga terasa sangat bengong dan jijik membaca karangan bahasa baku mu ini. Mungkin pensyarah kamu suruh kamu buat jawapan peperiksaan dalam bahasa baku malaysia … tapi kamu tidak perlulah menyusahkan kawan-kawan kamu sampai terbelit-belit lidah …. penat jek pegi makan kat italiannies … cakap italy laaaa …. POR PAVORRR??? (dun korect my speling)

  4. afza
    May 4th, 2006 at 09:52 | #4

    ko tak tgk jari aku terbelit² type posting nie. ;)

Comments are closed.