Amaran! Catatan ini cuba ditulis menggunakan Bahasa Malaysia baku. Jika anda terasa bingung, pening, mual dan sebagainya, sila hubungi pakar jiwa yang berdekatan.
Penat betul hujung minggu lepas. Macam-macam benda yang dibuat. Macam tak bercuti hujung minggu dibuatnya. Ada (1) peperiksaan, ada (2) majlis hari jadi terkejut untuk Lenny dan Malik dan (3) pengstrukturan semula pengkalan data.
Jumaat:
8:00 malam : Sibuk belajar sebab esoknya ada peperiksaan.
2:00 pagi : Baru nak tidur. Itu pun tidak habis baca semua.
Sabtu:
8:30 pagi : Lepas sarapan, terus buka komputer riba dan baca nota Perniagaan Antarabangsa.
11:00 pagi : aku pergi ke rumah kakak ku untuk membakar tugasan ke dalam cekera padat.
2:00 petang : Bergerak ke kolej.
3:05 petang : Baru sampai ke kolej. Ini sudah lewat. Pensyarah telah mengedarkan kertas soalan.
4:04 petang : Masih lagi menggaru-garu kepala yang tak gatal. Baru tulis satu muka penuh di kertas tetapi tangan sudah lenguh.
4:15 petang : Niniez sms, katanya nak serahkan cenderahati. Keluar dari bilik peperiksaan dan jumpa Niniez sebentar.
5:03 petang : Baru dapat tulis 2 muka surat. Orang lain sudah ada 5-6 helai kertas.
6:02 petang : Peperiksaan sudah tamat. Sudah serahkan 3 helai kertas sementara orang lain menghantar paling kurang 10 helai.
6:20 petang : Jumpa Niniez kembali. Sempat rekod ucapan hari jadi (387kb) kepada Malik.
6:35 petang : Bergerak ke Plaza One Utama.
6:50 petang : Sudah tiba di Plaza One Utama. Banyak lagi masa sebelum majlis hari lahir terkejut.
8:15 malam : Bergerak ke Italianies. Penyambut tetamu kata “Saya dah lama tunggu encik, sila ikut saya”. Tengok-tengok, org lain tidak sampai lagi. Sepatutnya ada 15 orang. Pelayan menghidangkan roti bawang putih untuk dicicah dengan minyak zaitun berherba dengan kicap.
8:30 malam : Zai dan Ika sampai bersama Qais. Makan roti lagi.

8:45 malam : Mysara dan Tini pula sampai bersama kek coklat pisang. Makan roti lagi. Meja masih kosong (295kb).

8:59 malam : Yang dan Lenny tiba bersama Alya. Semua orang tidak sedar. Jadi kami yang terkejut.

9:05 malam : Laydiefa dan Malik tiba.

9:25 malam : Baru pesan makanan. Perut sudah lapar!
9:50 malam : Makanan sudah tiba! Mari kita makan!



10:15 malam : Kek dibawa keluar dan semua kakitangan Italianies menyanyi sambil bertepuk tangan.

ucapan hari jadi (1954kb)
Italianies (1753kb)
10:45 malam : Baru terasa nak pulang. Lepas beramah mesra sebentar, semua membawa diri.
11:50 pagi : Sampai rumah dan tidur.
Ahad:
8:00 pagi : Sarapan dan terus pergi ke pejabat.
9:00 pagi : Mula bekerja. Larikan kerja untuk pengstrukturan pengalan data. Tunggu. Buka koleksi The O.C. musim kedua dan tonton sementara menunggu larian kerja selesai.
1:30 petang : Keluar makan tengah hari di Kerinchi. Makan berseorangan sahaja.
2:20 petang : Sambung semula melarikan kerja yang seterusnya sambil menonton cerita The O.C.
6:05 petang : Semua kerja sudah selesai. Cerita The O.C masih belum selesai.
6:45 petang : Baru habis cerita The O.C., terus berkemas dan pulang ke rumah.
7:20 petang : Sampai di rumah dan terus mandi.
8:00 malam : Makan malam bersama ibu bapa sambil melihat Berita Utama.
8:30 malam : Buka kembali komputer riba dan sambung semula menontong cerita The O.C.
Isnin:
1:30 pagi: Mata sudah mengantuk dan terus tidur.
afza Makan hari jadi, Makan
Recent Comments