Archive

Archive for May, 2005

penatnye..

May 30th, 2005

Pergghh aku penat btoi ari nie. Smalam (ahad) travelling for more that 200 km. Ade 5 wedding yg kene pegi. 2 kat Perak (sedara ngan kawan Uni), 1 kat Shah Alam (member skolah), 1 kat Gemencheh (pun member skolah) and 1 kat Putrajaya (kawan Uni). Tapi tak pi semua wedding tu. My parent ngan my little sister balik kg (with the car) for wedding sedara kat Perak while i went to Shah Alam, Gemencheh and Putrajaya. Sorry Daniel sbb tak dpt dtg wedding ko. Pape pun, moga berbahagia ke anak cucu. Then i have to fetch my uncle car (unser) kat KLIA kul 7 pm sementara dia pi umrah.

So my day start at 6am, kat umah my elder sister, but 6:30am tido balik. :D Dlm kol 8:30am baru bangun balik and bfast. Tgk astro sat (tgk Lost kol 9:30), peh tu bersiap utk kuar. 10:30am trus kuar and my sister send me to LRT station.

Dlm kol 11 lebey sampai Stesen Universiti. Tunggu pak supir dtg amik kat bus stop. But ari tu supir lambat. Kol 11:46am baru sampai. Mush (supir aku utk ari tu) kata majlis nikah kwn dia lambat start so dia pun lambat. Si Gorock kat dlm kete sengih jek, “aku ok jek, tunggu kat umah aje”. So Mush trus speed menuju ke check point 1, kenduri membe skolah aku, Dr. Boya.

Dlm kol 12pm, kitorang pun sampai le kat umah pengantin di Shah Alam. Tgk 4-5 org membe skolah dah ade yg tgh makan. Ayah pengantin pun sibuk suh amik nasi. Kitorang pun trus la masuk line sbb hidang cara buffet. Tgh makan tu, 4-5 org lagik member sampai. Trus bukak cite merapu sambil gelak kekuat sambil org lain jeling² tgk.

Bile sume dah abis mkn, tgk jam dah 12:30pm. Kalo ikut jadual, kene gerak ke 2nd check point dah nie utk pegi kenduri Dr. Naz plak. But dgr tuan rumah kata pengantin dah nak siap utk bersanding, so semua tunggu la kejap.

Akhirnye pengantin kuar gak. Tapi rombongan pengantin kuar kot pintu blakang coz umah bertanggak selang 2 umah dari umah pengantin. Kalo lalu kot blakang, bole main kompang lelama sket. :P Dr. Boya berarak ngan segaknya. (walaupun keris tak dpt sorok perut yg buncit) Gorock ngan Pyan sempat snap 2-3 keping gamba.

Kengkawan sume senyap jek tgk pengantin. Bukan yg pengantin laki, tapi yg pompuan. Pyan kata, “Sure korang sume tgh pk, apsal la korang tak jumpe awek nie awal².” :D Perghhh lawa beb. Pandai Boya cari bini. Kawan yg lain terliur jek tgk. Aku sempat suh Boya tarik napas, (and dia tarik napas kekuat) utk kurangkan kebuncitan. Bile pengantin dah bersanding, kitorang pun gerak ke kereta utk meneruskan perjalanan ke Hentian Senawang (check point 2). Ade 3 kete semuanya, Aveo (Mush), Waja (Llama), Saab (Cikaido).

Masuk jek NKVE, hujan turun dgn lebat. Nampak 150 m jek kat dpn. So semua bawak slow. Tapi slow2 pun, maintain 100km/h gak. Target utk sampai Senawang kol 1:30pm mungkin tak tercapai, tapi cuma lewat 15 mins jek. Kat Senawang, 5 kete dah siap tunggu. Bebudak yg sampai awal tgh melahap bebuah dan kudapan yg bole dibeli kat moving stall/van. Tgh bersiap tu, dpt call dari satu lagik kete. Katanye dah kat Sg. Besi. But kitorang semua dah masak. Kalo Sg. Besi tu, maknanya baru kuar umah menuju ke Sg. Besi la tu. Tak perlu tunggu. Kalau tak schedule delay. Bile semua dah siap or tunai hajat, konvoi bergerak menuju ke check point 3, plaza tol Alor Gajah.

2:30pm sampai ke tol Alor Gajah. Bile semua 8 kete dah lepas tol, En. Halim @ Buruk lead the convoi sbb dia kata nie tanah jajahan dia. Jalan bole tahan gak la. Tak banyak lori. Cuma skali skala terpaksa membontoti bas sbb tak dpt overtake. Menurut Dr. Naz, 30 mins jek dari tol / umah mentua Shrl. Dekat jek. Tapi jam dah kol 3pm. Check point ke-4 (kenduri Nazir) still tak nampak² lagik. Apo nie, kato dokek yo tu.

Namun tak lama lepas tu, kete yg depan skali brek mengejut! Semua kete pakat buat brek emergency. Rupe²nye dah sampai ke simpang masuk ke check point 4. Nasib baik ade sign color fluorescent tulih “Nazir & Siti” besar². Semua trus parking and kuar kete dgn rase lega.

Nun kat dpn umah, Yg Dipertuan Besar Negeri Gemencheh tgh melayan tetamu. Dgn persalinan kuning raja (keris jek takde), Dr. Naz sambut rombongan dari wilayah tengah dgn ramah. “Korang lambat la. Cikgu² semua dah balik. Cigku Sahak jek yg tak dpt dtg,” kata Dr. Naz.

Kitorang terus diarak ke meja makanan and terus ceduk nasi. Nazir siap kuar lauk khas, Maman (kalo tak silap aku la namanye), utk kitorang. Pengantin mmg tak duk senyap, ke hulu ke hilir layan bebudak nie. Lepas makan, dia bawak kuar kuih pulak. Memula karipap, peh tu kuar apam lak. Peh tu siap bancuh kopi lagik nie. And ade plak mem nie ter’fumble, declare kopi cap ‘Kapal Layar’. Peh tu Usup+awek ngan Adt sampai. Disusuli oleh Norakmal Bongek dgn tunang. Pegawai korup, Tuan Shrl sampai last skali ngan wife.

Borak punye borak, (Ya’ sempat berak kot) dah kol 5:30pm. Semua pakat nak balik. Ade stengah tu nak pi mkn buah kat dusun plak. Aku, Mush ngan Gorock trus balik coz aku nak ke KLIA. Kali nie aku yg drive sbb supir aku dah kenyang n ngantuk. Tapi sempat singgah umah mentua Shrl utk smayang jama’.

Tgh speeding ke KLIA (janji ngan pakcik aku kol 7pm), jln tetiba jem plak kat Senawang-Seremban. Kete punye le banyak. Traffic cuma 40-60km/h jek. Tapi lepas jek Seremban, trus clear. Tak sure ape yg masalahnye. Nak kata eksiden, takde plak. Last² kol 8pm baru sampai KLIA. Aku turun n driver bertukar lagik, Gorock plak yg bawak. Mush masih lagik mamai².

Lepas amik kunci Unser pakcik aku tu, aku terus mintak diri (tak sempat nak tunggu dia check-in) utk bergegas ke kenduri ke-3. Kenduri Amir & Aza kat Putrajaya. Dedua membe satu U. Aku sebat Unser average 130km/h dari KLIA ke Putrajaya. 15 mins dah sampai. Tapi silap masuk simpang punye pasal, + 15 mins lagik.

Kol 9:15pm baru sampai. Majlis dah start. Malu plak nak masuk dewan sengsorang. Dah la baju sempoi jek. Dato’, Datin semua pakai batik lelawa. nasib baik ade fellow MMU yg baru sampai gak. So masuk la bertiga. Tak malu sgt sbb sesama pakai casual. Trus usher bawak ke meja kosong, 3 org utk meja 10 org. Kitorang start makan sambil org lain start lap mulut.

Lepas acara tamat, and tegur sapa bebudak satu U dulu, aku pun cabut ke umah aku. Grab shirt ngan slack utk pegi keje esok and trus drive ke umah kakak aku. Terpaksa pi umah kakak aku gak coz laptop ngan passcard ade kat situ. Kalo tak susah nak keje nanti. Dlm kol 2:30 am baru tido.

So pagi nie by 6am dah bangun. 7:30am gerak ke opis ngan Unser ‘baru’. Terasa hebat lak sbb tinggi dari org lain. Nampak Kancil cam semut jek. Ahahahaha..

-the end-

afza Pengembaraan epik ,

takde idea

May 27th, 2005
Comments Off

Minggu nie aku takde idea. Mmg blank la. Sejak dua menjak nie mmg takde idea la. Kene plak keje aku dah bertambah. Dulu ade org lain tolong, skang dah takde. Peh tu corporate firewall nie buat hal la. Nak main YM pun susah. Asyik tak leh connect jek. So, tunggu je la bile aku dpt ilham, ade la post baru. Kalo tak, mmg takde la.

Ciao…

afza Peribadi

trauma

May 25th, 2005

ape ek trauma? yg nie kene tanye malik. :P

afza Peribadi

rukunegara

May 20th, 2005

Dlm The Star, ade laporan ttg usaha kerajaan utk menanamkan nilai² Rukunegara dlm sektor swasta. Ini kerana menurut Datuk Dr Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sektor swasta jarang menerapkan kepentingan prinsip Rukunegara dlm aktiviti mereka.

Pada pendapat aku, selain sektor swasta, pihak institusi pengajian tinggi (IPT) patut turut sama dlm kempen ini. Ini kerana pada masa inilah golongan muda mula dapat berfikir secara rasional. Jika pada masa ini nilai² ini tidak diperkukuhkan, maka konsep perpaduan kaum akan hanya tinggal konsep.

Walaupun kanak² di sekolah rendah dan menegah sentiasa diingatkan ttg prinsip Rukunegara, secara keseluruhannya mereka masih tak boleh memahami tujuan dan matlamat yg sebenar. Pada masa itu, proses pembentukan sahsiah diri masih baru bermula. Dalam lingkungan 18 thn ke atas, barulah mereka dapat menggunapakai prinsip² ini dalam pergaulan seharian.

Maka dgn itu, in case kalo ade yg terlupa Rukunegara kita sila la hafal dan praktikkan:

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan negara
  • Keluhuran perlembagaan
  • Kedaulatan undang-undang
  • Kesopanan dan kesusilaan

Ari nie formal sikit. Aku kene patriotic bug.

Update 21 May : Pagi tadi aku tengok iklan ttg Rukunegara dah kuar dlm tv. Tapi tak se’best iklan yg dlm putra lrt.

afza Peribadi

smooth

May 19th, 2005

Ari nie trafic flow unusually smooth. Bole kata reduction of nearly half of the car la. Slalu kalo aku rush nak pi opis, trafic jadi gila babas jam. Tapi ari nie rilek jek perjalanan. Rase aku, takde plak cuti utk KL n Selangor 2-3 ari nie.

Kemana perginye kete² yg slalu memenuhi jln diwaktu rush hour pepagi? Aku ngan Zai perasan something, mostly dlm kete adalah org yg berumur (kecuali kitorang la yg mude lagik). Adakah semua org amik cuti nak pi tgk Star Wars? Hmm…

afza Peribadi

malaysia boleh!!!

May 16th, 2005

Tgh drive nak dtg opis pagi tadi, aku dgr la Hitz.fm kat radio. Rudy and JJ rewind balik ‘Gotcha Call’ jumaat lepas.

Kali nie ade la mamat sorang kene prank ngan Morning Crew nie. He’s supposed to seat for an exam at a collage (aku rase one of the IPTS yg ade buat twinning prog kot). So si JJ nie call la mamat nie and told him that the collage hadn’t received the exam fees and he can’t seat for the exam. Mamat nie pun mengelabah la. Dia kata dia dah baya a few hundred pound and he still have the bankdraft slip.

JJ pun kata la, since he’s in a hurry, dia nak test knowledge mamat nie before allowing him to take the exam. Mamat nie ngan suara lega pun setuju la. So JJ pun tanye la ttg subject² yg he’s supposed to take. Then JJ kata that since he like malaysian, so he ask the guy to say ‘Malaysia boleh!!’ and he did that.

Then JJ tanye lagik, “What is the Malaysia’s National Flower.” Mamat tu tergagap² jawab, “I know the flower, but i can’t remember the name. I know its name in chinese. Its called something like bunga merah.” Ceh, bunga kebangsaan pun tak tau??!! Teruk la mamat nie.

Peh tu JJ tanye lagi, “Ok, can you recite the Rukun Negara?” Mamat tu reply, “Ermm.. I can’t remember lah.” Poodah cit!! Mmg hampeh mamat nie. So dah 2 soalan tak dpt jawab, JJ tanye lagik. “Ok, since you are malaysian, please sing the National Anthem, Negaraku.” Mamat nie kata, “Ok, I can do that.” Dan dia pun nyanyi la.

Negaraku, Tanah tumpahnya darahku,
Raja hidup, bersatu dan padu..

Trus JJ stopkan mamat tu. Ada ke patut lagu kebangsaan pun nyanyi tak btul. Peh tu JJ ckp bla bla bla ‘you’ve been hit by Hitz.fm Morning Crew’.

Aku yg dgr rase kecewa sgt. Teruk sgt ke org zaman skang sampai bende cam nie pun tak tau. Blaja sampai dah masuk collage, but basic things about your own country pun tak hafal. Kalau tak tau pasal pasukan mana yg menang Piala Malaysia thn 2000, takpe gak la. Nie Bunga Kebangsaan tak tau, Rukun Negara tak tau, nyanyi lagu Negaraku pun salah!

Kalau cam nie la majority org malaysia skang nie, esok esok jgn terkejut la kalo ada PM or menteri sendri tak reti nyanyi lagu Negaraku. Sesungguhnya Malaysia Boleh!!

afza Peribadi

keje keje keje…

May 15th, 2005

Perghh sejuk siut. Ari ahad pun air-cond ade kat opis nie. Dah la ujan kat luar. Gila babas punye sejuk. Rugi tak bawak sweater. Tapi sape yg bleh budget yg opis nak sejuk tgh² ari cam nie. Slalu sabtu or ahad tak jln pun air-cond. Rase cam duk kat obersi la plak. Ahahaha. Tapi sorang kawan aku tu sure tak heran. Tetiap ari dia duk dlm datacenter. Sejuk beku la katakan.

Nie la akibatnye kalo keje dlm bidang IT. Siang malam pagi petang semua keje. Org keje kita keje, org cuti kita keje gak. Tapi aku dah biasa. Mmg slalu la keje mlm sabtu till sunday morning. Especially lepas nie coz partner aku dah pindah masuk group lain. So tinggal aku sorang jek nak buat keje.

Ok cukup la tu. Nak sambung buat keje. Ciao….

Update 5:05PM : Still working.

Xtra:
Aku balik dlm kol 7:30pm. Peh tu pi Ukay Perdana amik parent aku and balik umah ke Sri Kembangan. All in all, 100km travelling for ahad shj. Patut la asyik abis minyak jek. Below are a few pics of me working with my x-opis mate.


Rajin bekerja
Aku yg rajin bekerja ari ahad.Meja aku
Meja aku yg bersepah² sebab rajin buat keje.

x-opis mate
X-opis mate aku yg dtg utk tgk Slam Dunk.

afza Peribadi