Remaja Pilihan..
Update:
tuan empunya gambar tak sudi berkenalan ngan sesape pun. Jadi tak perlu lah berpenat² nak kirim salam.
Tadi ade org complain yg takde org nak puji gamba ‘dia’ dlm blog. So aku rase terpanggil utk memuji si empunye diri.
![]() |
|
Gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini, yang lebih dikenali sebagai Kembang dikalangan rakannya, amat meminati musik keroncong asli. Menurut Guru keroncongya, Kembang amat aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan tarian keroncong di daerah ini. Kembang juga mahir memainkan gong dan biduk. Gadis serba boleh ini sentiasa menjadi tumpuan kerana minatnya untuk menghidupkan kembali irama keroncong ke arena perdana.
Berbekalkan suara lunak-lunak serak basah, Kembang bercadang untuk mencuba nasib dalam Idola Malaysia siri ke dua. “Saya pasti irama keroncong juga mempunyai nilai komersil dalam industri musik antarabangsa”, katanya. “Kita mesti mengetengahkan musik yang beridentiti bangsa dan budaya kita. Pop, R&B dan Jazz memang terkenal. Namun sudah tiba masanya untuk kita berbangga dengan irama kita sendiri”
Kembang percaya masih banyak yang perlu dilakukannya untuk menobatkan irama keroncong. Namun ini tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berjaya.
hehehe.. mintak ampun mintak maap

Recent Comments